OIC Harap Gencatan Senjata Rintis Jalan Kepada Penarikan Balik Sekatan Terhadap Gaza

Diterbitkan: Jumaat, 23 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) Ekmeleddin Ihsanglu menyambut baik perjanjian gencatan senjata yang menamatkan serangan Israel selama lapan hari terhadap Gaza.

Dalam kenyataan pada Jumaat, Ekmeleddin berkata, beliau juga berharap perjanjian itu akan merintis jalan kepada penarikan balik sekatan yang dikenakan terhadap Gaza sejak sekian lama bagi membolehkan penduduk wilayah itu membina kembali kemusnahan yang berlaku akibat serangan Israel selama beberapa tahun lepas.

Beliau turut menyeru negara dan institusi penderma supaya menunaikan ikrar masing-masing yang dibuat pada persidangan Sharm El-Sheikh di Mesir dari 7 hingga 9 Mei dan melibatkan diri untuk membangunkan kembali Gaza dengan segera.

Ekmeleddin mengucapkan terima kasih kepada Mesir kerana menjadi pemudah cara dalam pelaksanaan gencatan senjata itu, yang mula berkuatkuasa pada Rabu malam.

Beberapa laporan menyebut bahawa 161 rakyat Palestin, termasuk orang awam dan kanak-kanak, serta empat orang awam Israel terbunuh akibat sengketa itu. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan