Lima Tokoh Kongsi Pandangan Pada Himpunan Barisan 1Malaysia Sabtu Ini

Diterbitkan: Jumaat, 23 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Lima tokoh akademik dan aktivis masyarakat akan berkongsi pandangan mengenai dasar negara pada Himpunan Barisan 1Malaysia di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Sabtu ini.

Pengerusi Sekretariat Himpunan Barisan 1Malaysia Datuk Ahmad Maslan berkata mereka masing-masing mewakili bidang sosial, ekonomi, pendidikan, agama, dan isu masa depan rakyat.

Katanya, mereka terdiri daripada Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Prof Datuk Seri Dr Zaleha Kamarudin; Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM) Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian; naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Tan Sri Lee Lam Thye.

Presiden International Movement For A Just World (JUST) Prof Dr Chandra Muzaffar; dan pakar motivasi terkenal, Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah.

Bercakap pada sidang media di lobi Parlimen di sini hari ini, Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka turut hadir pada perhimpunan berkenaan.

Dalam pada itu, katanya, kutipan derma akan diadakan untuk memberi bantuan kepada penduduk Palestin di Gaza yang diserang oleh rejim Zionis baru-baru ini.

Mereka yang berminat boleh menghubungi sekretariat himpunan berkenaan di talian 03-40482666 atau 03-40429511.BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan