Ahli PAS & Gamis Demo Bantah Penjualan Minyak Kelapa Sawit Pada Syarikat Yang Didakwa Milik Yahudi

Diterbitkan: Jumaat, 23 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kira-kira 500 ahli PAS dan Gabungan Mahasiswa Islam Malaysia (Gamis) mengadakan himpunan aman di hadapan Ibu Pejabat Felda Jalan Gurney pada Jumaat.

Himpunan itu diadakan bagi membantah penjualan minyak sawit keluaran Felda kepada syarikat Yahudi.

Himpunan tersebut bermula pada pukul 2.30 petang sebaik sahaja tamat solat Jumaat.

Peserta himpunan berarak dari Masjid Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menuju ke ibu pejabat Felda yang terletak tidak jauh dari situ.

Mereka bersorak, 'Hidup-hidup, Hidup Islam, Hancur-hancur Israel', Musnah-musnah Yahudi, Bangkit-bangkit Islam' serta membawa kain rentang, 'Henti Jual Minyak Kepada Israel'.

Himpunan tersebut diketuai Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Turut serta ialah Naib Ketua Pemuda PAS, Nik Abduh Nik Aziz, Presiden Anak Peneroka Felda Kebangsaan, Mazlan Aliman dan artis Abby Abadi.

Kira-kira 30 anggota polis berkawal di hadapan ibu pejabat Felda bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.

Sementara itu, Mohamad mendakwa anak syarikat Felda, Felda Iffco Oil Products Sdn Bhd yang berpengkalan di Dubai telah menjual minyak sawit keluarannya kepada syarikat Yahudi, Bunge Agribusiness Singapore.

"Hubungan dagang masih berlaku saya punya invois Felda Iffco setiap kali belian mencecah bilion ringgit.

"Ini satu hiprokrasi..anak syarikat Felda jual minyak kepada syrikat Yahudi. Kita harap pentadbiran Felda ambil tindakan segera hentikan penjualan minyak sawit kepada Yahudi," katanya kepada peserta himpunan diikuti dengan sorakan 'Allahuakbar'.

Beliau berkata, perjuangan membebaskan Palestin adalah perjuangan Fisabilillah dan menuntut hak kemanusiaan sejagat.

Sementara itu, Abby Abadi pula melahirkan rasa syukur kerana dapat menyertai himpunan tersebut pada Jumaat.

"Saya sangat bersyukur dapat guna platform yang saya ada. Saya harap ini dapat sedarkan rakan-rakan seperjuangan yang leka dalam keseronokan dunia," katanya.

Bagaimanapun kumpulan berkenaan yang diketuai Mohamad, Nik Abduh dan Mazlan gagal menyerahkan memorandum bantahan kepada pihak pentadbiran Felda.

Mereka enggan menyerahkan memorandum tersebut kepada seorang pegawai apabila pihak pentadbiran Felda enggan membenarkan mereka masuk ke pekarangan Ibu Pejabat Felda itu.

Kumpulan berkenaan turut berjanji akan mengadakan satu lagi himpunan di tempat yang sama sekiranya Felda tidak menghentikan tindakan menjual minyak sawit mereka kepada syarikat Yahudi berkenaan dalam tempoh tujuh hari.

Himpunan aman itu berakhir pada pukul 3.30 petang.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan