Pilih Hadi Sebagai PM Adalah 'Semula Jadi' - Berita Semasa | mStar

Pilih Hadi Sebagai PM Adalah 'Semula Jadi'

Diterbitkan: Khamis, 22 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang adalah seorang Melayu dan beragama Islam, yang melayakkan dia semula jadi dipilih untuk memegang jawatan perdana menteri sekiranya Pakatan Rakyat memenangi pilihanraya, kata timbalan pesuruhjaya III PAS Kelantan Datuk Mohd Amar Abdullah.

Beliau menambah, dasar PAS memerlukan jawatan perdana menteri dipegang oleh seorang Muslim.

"Ia adalah semula jadi bagi akar umbi PAS memilih Abdul Hadi sebagai pemimpin negara, tetapi keputusan muktamad akan dibuat oleh Pakatan," katanya selepas menghadiri pameran dan pelancaran Hari Terbuka Akademi Lim Kok Hari Wing oleh Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di sini, Rabu.

Perwakilan di muktamar PAS baru-baru ini membuat kesimpulan pada Ahad memilih presiden mereka sebagai perdana menteri.

Mohd Amar, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri berkata parti-parti dalam Pakatan telah menunjukkan fleksibiliti dalam membuat keputusan besar.

"Sebagai contoh, walaupun DAP memenangi majoriti kerusi di Perak dalam pilihan raya umum 2008, seorang pemimpin PAS telah dilantik sebagai menteri besar bagi negeri itu," katanya.

Mohd Amar berkata pilihan jawatan perdana menteri di kalangan Pakatan Rakyat masih boleh dirunding.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan