Penerangan Mengenai AES Akan Diteruskan- Solah

Diterbitkan: Khamis, 22 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Lebih banyak siri perjumpaan dan majlis penerangan akan diadakan untuk mendidik pengguna jalan raya mengenai Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) sebelum ia dilaksana sepenuhnya ke seluruh negara.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Solah Mat Hassan berkata perjumpaan itu turut melibatkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi mendapatkan cadangan penambahbaikan terutama untuk mengelak kekeliruan berhubung sistem itu.

"Maklum balas itu dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri melalui mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanaan AES yang dipengerusikan Ketua SetiausahaNegara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa," katanya kepada pemberita selepas mengadakan majlis taklimat dan dialog di kalangan wakil NGO dan pegawai kerajaan di ibu pejabat JPJ Kelantan, di Panji, Khamis.

Hadir sama, Pengarah JPJ Kelantan Abdul Ghani Che Kassim dan Pemangku Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Kelantan Rosnani Mat Hussain.

Solah berkata sistem itu dilaksanakan di 831 kawasan 'hitam' kemalangan termasuk di 270 lokasi lampu isyarat.

Setiap kamera di kawasan terlibat akan dipasang papan tanda isyarat kawasan bagi membolehkan orang ramai berjaga-jaga sebelum tiba di kawasan berkenaan, katanya. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan