PAS Gesa KPT Siasat Pemecatan 92 Pensyarah UPNM

Diterbitkan: Khamis, 22 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: PAS menggesa Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menubuhkan satu panel siasatan bagi menyiasat isu penamatan kontrak 92 pensyarah Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) baru-baru ini.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub mendakwa kesemua pensyarah itu tidak mendapat pembelaan sewajarnya daripada pihak universiti.

"Hal ini berlaku susulan pengambil alihan Timbalan Naib Canselor (UPNM) yang baru, Prof Dr Rugayah Mohamed sehingga ada rombakan besar-besaran.

"Mereka memberikan alasan penamatan kontrak terhadap 92 pensyarah berikutan mereka ini tiada ijazah cuma ada diploma lanjutan. Tetapi hampir kesemua mereka ini adalah pegawai angkatan tentera yang mana mempunyai pelbagai kepakaran dalam bidang mereka," katanya pada sidang media di lobi Parlimen pada Khamis.

Salahuddin berkata, kebanyakan mereka mempunyai pengalaman lebih 10 tahun dalam bidang masing-masing.

"Pada mulanya kenapa mereka diambil? Tetapi kini kontrak ditamatkan tanpa ada sebarang pertemuan terlebih dahulu untuk berbincang perkara itu.

"Perlu diingat objektif penubuhan UPNM adalah melahirkan pakar-pakar dalam bidang pertahanan dan ketenteraan. Sehubungan itu tenaga mereka diperlukan kerana bukan hanya memiliki kemahiran akademik tetapi kemahiran lain yang mempunyai nilai tambah," katanya.

Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata beliau sudah membangkitkan perkara itu kepada Timbalan Menteri KPT pada sesi penggulungan Rabu lalu.

"Timbalan Menteri KPT telah mengesahkan perkara itu (penamatan konntrak 92 pensyarah) dan berjanji mahu siasat hal ini. Tetapi kita minta satu panel khas yang menyiasat perkara ini," katanya.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan