Muhyiddin Tiba Di Pakistan Untuk Sidang Kemuncak D-8

Diterbitkan: Khamis, 22 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Muhyiddin diiringi Menteri Komunikasi Pakistan, Dr Arbab Alamgir Khan (kanan) setibanya di Pengkalan Tentera Udara Chaklala bagi menghadiri Sidang Kemuncak ke Lapan Kumpulan Lapan Negara Membangun (D8) di Islamabad, Khamis. Turut hadir Persuruhjaya Tinggi Malaysia di Pakistan, Dr Hasrul Sani Mujtabar (kiri) dan beberapa pegawai kedutaan. -fotoBERNAMA
Muhyiddin diiringi Menteri Komunikasi Pakistan, Dr Arbab Alamgir Khan (kanan) setibanya di Pengkalan Tentera Udara Chaklala bagi menghadiri Sidang Kemuncak ke Lapan Kumpulan Lapan Negara Membangun (D8) di Islamabad, Khamis. Turut hadir Persuruhjaya Tinggi Malaysia di Pakistan, Dr Hasrul Sani Mujtabar (kiri) dan beberapa pegawai kedutaan. -fotoBERNAMA

ISLAMABAD: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di sini untuk mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Sidang Kemuncak Kumpulan Lapan Negara Islam Membangun (D-8) ke-8.

Muhyiddin tiba di Pangkalan Tentera Udara Pakistan di Chaklala pada 9.35 malam waktu tempatan (kira-kira 12.35 tengah malam waktu Malaysia) dan disambut Menteri Komunikasi Pakistan Dr Arbab Alamgir Khan.

Turut hadir di lapangan terbang untuk menyambut ketibaan Timbalan Perdana Menteri ialah Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Pakistan Dr Hasrul Sani Mujtabar.

Pada pagi Khamis, Muhyiddin akan merasmikan pejabat canseri Malaysia di kawasan diplomatik di sini.

Beliau kemudiannya akan menghadiri sesi sidang kemuncak di Aiwan-e-Sadr dan majlis pemeteraian Piagam D-8 pada petangnya.

Muhyiddin akan berlepas pulang ke Kuala Lumpur pada lewat malam Khamis selepas menghadiri majlis makan malam dengan delegasi Malaysia.

Dijangka lebih 60 tetamu termasuk pelajar Malaysia yang melanjutkan pengajian di negara ini akan menghadiri majlis itu.

D-8 ialah pertubuhan yang ditubuhkan pada 15 Jun, 1997 untuk menggalakkan kerjasama pembangunan di kalangan lapan negara Islam Bangladesh, Mesir, Indonesia, Iran, Malaysia, Nigeria, Pakistan dan Turki. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan