Masyarakat Luar Bandar Terutama Orang Asli Digalak Tanam Kelapa Sawit Dan Getah - Dompok

Diterbitkan: Khamis, 22 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TAPAH: Masyarakat luar bandar khususnya Orang Asli digalak menjalankan perusahaan tanaman kelapa sawit atau getah bagi menambah pendapatan mereka sekaligus menjana pertumbuhan ekonomi negara.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Tan Sri Bernard Dompok berkata perusahaan tanaman itu akan memberi faedah kepada masyarakat luar bandar ekoran kenaikan harganya yang berterusan.

"Kementerian saya dipertanggungjawab untuk melihat (bagaimana) hasil industri kelapa sawit dan getah dapat mengurangkan kemiskinan masyarakat luar bandar termasuk Orang Asli," katanya ketika berucap merasmikan Konvokesyen Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) Perak di sini, Khamis.

Konvensyen bertema 'Memperkasakan Pendidikan dan Ekonomi Bangsa' itu turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Konvensyen Upko Perak Datuk Suki Mee.

Dompok yang juga presiden Upko berkata mereka yang ingin mengusahakan tanaman kelapa sawit boleh merujuk kepada kepada Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) manakala untuk getah mereka boleh merujuk kepada Lembaga Getah Malaysia untuk mendapatkan keterangan lanjut mengenai skim tanaman baru.

Sementara itu, Suki Mee yang juga Pengerusi Yayasan Orang Asli Perak berkata masyarakat Orang Asli perlu berusaha untuk membangunkan ekonomi bangsa antaranya dengan cara memajukan tanah-tanah saka atau adat secara lebih ekonomik dan intensif.

"Kita perlu mencari dan merebut peluang kemudahan serta bantuan yang disediakan oleh kerajaan.

"Bagi memperkasakan ekonomi pertanian, masyarakat pribumi memohon agar kerajaan menyediakan bantuan-bantuan untuk projek pembangunan pertanian komoditi sama ada projek tanaman getah atau kelapa sawit," katanya.

Suki Mee berkata masyarakat pribumi juga perlu memperkasakan pendidikan agar taraf hidup mereka setanding dengan masyarakat perdana. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan