Dua Hospital Khas Wanita dan Kanak-Kanak Telah Diwujudkan

Diterbitkan: Khamis, 22 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan telah mewujudkan dua hospital khas bagi pesakit wanita dan kanak-kanak di negara ini.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata satu daripada hospital berkenaan telah pun beroperasi di Likas, Sabah manakala satu lagi sedang dalam pembinaan berhampiran dengan Hospital Kuala Lumpur (HKL).

“Kerajaan telah bersetuju untuk membina hospital khas bagi pesakit wanita dan kanak-kanak itu yang telah dipersetujui di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK10).

“Bukan itu sahaja kerajaan juga telah mewujudkan blok bersalin khas di Seremban, Ipoh dan Kuala Terengganu,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Mohd Nasir Zakaria (PAS-Padang Terap) yang bertanya sama ada kerajaan bercadang untuk mewujudkan hospital khas bagi wanita di negara ini.

Mengenai rancangan bagi memastikan pesakit wanita terutamanya masalah sakit puan dilayan oleh petugas dan doktor wanita, Rosnah berkata perkara itu belum dapat dilaksanakan sepenuhnya kerana pihak Kementerian Kesihatan tidak mempunyai pakar sakit puan wanita yang mencukupi ketika ini.

Jelasnya, perkhidmatan yang ditawarkan di hospital kerajaan adalah berasaskan beban kerja dan bukannya gender.

Namun beliau tidak menolak kemungkinan sekiranya Kementerian Kesihatan mempunyai kakitangan yang mencukupi sudah pasti mereka akan menimbangkan cadangan untuk mewujudkan wad khas di mana doktor dan petugasnya adalah wanita.

“Setakat ini kita hanya memiliki 245 doktor bidang sakit puan, dengan 109 orang adalah lelaki dan 136 orang wanita.

“Nisbah pesakit yang dirawat bagi masalah sakit puan adalah tinggi iaitu 1 doktor nisbah 4,629 pesakit. Kita belum mampu untuk laksanakan ini kerana kekurangan kakitangan dan beban kerja yang tinggi,” katanya.

Rosnah yang juga Ahli Parlimen Papar berkata, Kementerian Kesihatan sentiasa berusaha untuk menambah bilangan pakar ginekologi dengan menghantar pegawai perubatan mereka untuk melanjutkan pelajaran ke peringat sarjana bagi melahirkan lebih ramai pakar bukan sahaja dalam bidang tersebut tetapi dalam bidang kepakaran lain seperti ortopedik, onkologi dan bedah otak.

Beliau turut menolak dakwaan yang mengatakan bahawa ramai pakar ginekologi wanita berhijrah ke sektor swasta kerana menerima layanan yang tidak setimpal daripada Kementerian Kesihatan.

“Bagi saya alasan ini sangat umum, kita tidak boleh mengatakan layanan yang tidak istimewa punca mereka berhijrah ke hospital swasta.

“Pada setiap tahun kerajaan menyediakan peluang termasuk menambah slot untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi kepada pegawai perubatan bagi melahirkan lebih ramai pakar perubatan,” katanya.

Pada tahun 2011, sebanyak 600 slot untuk pegawai perubatan melanjutkan pelajaran dan tahun ini ia telah dinaikkan kepada 800 slot, jadi adalah tidak benar untuk mengatakan kerajaan tidak member peluang kepada pegawai perubatan melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, katanya.

Menurutnya, kerajaan turut menyediakan sebanyak 150 slot biasiswa kepada pegawai perubatan untuk melanjutkan pelajaran dalam pelbagai sub bidang perubatan.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan