Adun BN Kedah Mogok, Keluar Sidang DUN - Berita Semasa | mStar

Adun BN Kedah Mogok, Keluar Sidang DUN

Diterbitkan: Khamis, 22 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Seramai 13 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) keluar dari persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), Khamis kerana mendakwa Speaker Datuk Dr Abd Isa Ismail berat sebelah.

Ketua pembangkang Datuk Seri Mahdzir Khalid (BN-Pedu) keluar dahulu sambil diikuti Adun BN yang lain apabila Dr Abd Isa menolak usul Mohd Razhi Salleh (Bebas-Lunas) untuk bertanya soalan.

Tindakan seperti itu yang berlaku pada pukul 11.40 pagi adalah yang pertama sejak pentadbiran negeri itu pada tahun 2008.

Huru-hara bermula apabila Datuk Abu Hassan Sarif (BN-Kota Siputeh) diberitahu untuk meninggalkan Dewan apabila beliau bertekak dengan Lim Soo Nee (PKR-Kulim) semasa ucapan penggulungan Lim.

Lim telah menyangkal dakwaan bahawa anak Abu Hassan telah diturunkan pangkat oleh kerajaan negeri yang diterajui Pakatan Rakyat pada tahun 2008.

Abu Hassan mencelah, mengatakan bahawa anaknya, yang bekerja di Kubang Pasu telah dipaksa meletak jawatan selepas diturunkan pangkat.

Dr Abd Isa kemudian meminta Abu Hassan duduk tetapi beliau enggan. Abu Hassan menggelarkan kerajaan negeri sebagai kejam dan tidak adil.

Apabila Dr Abd Isa mengarahkan Abu Hassan untuk meninggalkan Dewan, beberapa Adun BN berdiri dan berjalan keluar.

Mahdzir berkata ini adalah kali pertama bahawa ADUN BN telah keluar dewan kerana mereka kecewa dengan amalan tidak adil dalam Dewan.

   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan