81,950 Rakyat Malaysia Lepaskan Kewarganegaraan

Diterbitkan: Khamis, 22 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seramai 81,950 rakyat Malaysia dikesan melepaskan taraf kewarganeraan mereka sejak tahun 1992, Dewan Rakyat diberitahu pada Khamis.

Ini menjadikan purata Malaysia kehilangan rakyatnya kira-kira 4,097 orang dan menjadi warganegara luar dalam setahun.

Jumlah itu dinyatakan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berikutan persoalan yang dibangkitkan Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) mengenai jumlah bilangan rakyat yang telah melepaskan kewarganeraan mereka dalam tempoh 20 tahun lalu.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan