Tiada Unsur Penipuan Isu Padang PKNS - Selcat

Diterbitkan: Rabu, 21 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Jawatankuasa Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) gagal menemui bukti kukuh bagi menunjukkan wujudnya unsur penipuan berhubung status padang kompleks sukan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di Kelana Jaya.

Pengerusi Selcat, Datuk Teng Chang Khim bagaimanapun berkata, jawatankuasa berkenaan kesal dengan tindakan pegawai Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ) yang terlibat dalam urusan penukaran status padang PKNS daripada tanah rekreasi kepada pusat komersial.

"Walaupun tiada bukti kukuh yang melampaui keraguan munasabah menunjukkan terdapat unsur penipuan dalam pindaan kepada draf RTPJ 2 (Rancangan Tempatan Petaling Jaya 2) selepas penyiarannya di Warta Negeri.

"Tetapi amatlah malang dan dikesali apabila perancang-perancang yang profesional dan mempunyai pengalaman lama sanggup mengabaikan peruntukan undang-undang," katanya pada sidang media di bangunan Annex Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini, Rabu.

Rumusan berkenaan dimuatkan dalam laporan Selcat berhubung kontroversi status padang PKNS yang dibentangkan pada persidangan DUN Isnin lalu.

Sebelum ini Selcat dilaporkan membuat keputusan agar RTPJ2 yang diwartakan pada 13 Jan 2011 oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD) Selangor perlu dibatalkan kerana ia dibuat tidak mengikut undang-undang.

Selcat mengesyorkan bahawa kerajaan negeri boleh membatalkan RTPJ2 dengan nasihat daripada penasihat undang-undang negeri.

RTPJ2 adalah dokumen yang menimbulkan kontroversi apabila laporan yang dirujuk oleh JPBD negeri mendapati padang awam milik PKNS telah dizonkan sebagai kawasan lapang dan rekreasi manakala dokumen yang dirujuk oleh MBPJ pula dizonkan sebagai zon komersial.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan