Persimpangan Bertingkat RM60 Juta Di Cheras Dibuka Petang Rabu

Diterbitkan: Rabu, 21 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Projek persimpangan bertingkat melibatkan Jalan Tun Razak, Jalan Pudu, Jalan Cheras dan Jalan Chan Sow Lin bernilai RM60 juta akan dibuka kepada semua kenderaan, petang Rabu.

Perasmianya disempurnakan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin pada pagi Rabu.

Raja Nong Chik dalam ucapannya berkata projek yang mula dibina April 2007 itu, adalah langkah alternatif kerajaan bagi menurunkan kesesakan lalu lintas sekurang-kurangnya 40 peratus, di kawasan berkenaan.

"Kesesakan trafik Jalan Cheras mencapai tahap paling maksimum sehingga mendapat jolokan 'Cheras crawl', dan pembukaan persimpangan ini diharap dapat menyuraikan kesesakan terutama pada waktu puncak," katanya.

Beliau berkata, projek 'Janji Ditepati' itu melibatkan pembinaan jejambat empat lorong sepanjang 500 meter menghubungkan Jalan Tun Razak dengan Jalan Chan Sow Lin dan pembinaan jalan dua lorong 'free-flow' sepanjang 675 meter bagi Jalan Pudu dan Jalan Cheras di bawah persimpangan tersebut.

Raja Nong Chik berkata, dua jalan dibina di kiri dan kanan Jalan Pudu serta Jalan Cheras sebagai alternatif mengurangkan kesesakan dan jalan susur turut disediakan bagi memudahkan pengguna membelok ke kiri untuk memasuki empat jalan utama itu.

"Bulatan Yew turut diperluas bagi melancarkan aliran trafik dan dua pusingan-U dibina di bawah persimpangan bertingkat itu untuk pengguna menukar haluan ke Jalan Tun Razak dan Jalan Chan Sow Lin," katanya.

Persimpangan bertingkat ini juga dilengkapi lampu jalan, lampu isyarat, siar kaki dan landskap demi keselesaan pengguna malah, kontraktor turut membina tempat berteduh khas bagi penunggang motosikal ketika hujan yang terletak di bawah persimpangan itu.

Raja Nong Chik berkata, projek itu mengambil masa lima tahun untuk siap disebabkan beberapa masalah berkaitan pengalihan utiliti, pengambilan balik tanah, kelewatan mendapat kelulusan dan pengalihan gerai.

Namun begitu, katanya, kerajaan sentiasa prihatin dengan permasalahan rakyat di daerah Cheras dan pembangunan tetap dilaksanakan demi kesenangan dan keselesaan masyarakat keseluruhannya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan