Minda Pondok Cabar Nik Aziz Berdebat, Doa Hancurkan Sesama Islam Tak Ikut Sunah Rasulullah

Diterbitkan: Rabu, 21 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Minda Pondok, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pada Rabu mencabar Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk berdebat secara umum bagi memperjelaskan tindakan PAS membaca doa untuk menghancurkan Umno dan Barisan Nasional (BN) serta tuduhan bahawa Umno sebuah parti murtad.

Minda Pondok adalah NGO yang menggabungkan beberapa buah sekolah pondok di Kelantan.

Anggota Jawatankuasa (AJK) Minda Pondok, Mohammad Zainal Abidin Awang berkata debat itu perlu diadakan bagi memberi penerangan kepada masyarakat berhubung tindakan PAS tersebut yang dilihat tidak selari dengan ajaran Islam.

"PAS terlalu banyak keluarkan fatwa... kami dari Minda Pondok berasa bertanggungjawab untuk memberi penerangan supaya rakyat tak keliru dan supaya ajaran songsang (yang PAS bawa) dapat disucikan dengan izin Allah SWT.

"Kami mencabar Nik Aziz untuk berdebat dengan Minda Pondok pada bila-bila masa supaya dapat menghurai serta memberi penjelasan kepada seluruh penduduk Malaysia agar mereka tidak terkeliru," katanya ketika ditemui pemberita selepas membuat laporan polis di Balai Polis Kubang Kerian, di sini, Rabu.

Kira-kira 30 anggota Minda Pondok termasuk penduduk sekitar Demit dan Pasir Tumboh turut hadir sebagai menyokong laporan polis yang dibuat NGO tersebut.

Mohammad Zainal Abidin yang juga Pengasas Pondok Pulau Ular, Pengkalan Kubor, Tumpat berkata Minda Pondok berasa dukacita terhadap tuduhan Umno murtad dan bacaan doa tersebut, sekali gus menyelar tindakan PAS kerana tidak membahaskan kenyataan kontroversi Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar pada Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-58 di sini, baru-baru ini.

Mengulas isu doa itu Mohamad Zainal Abidin berkata PAS seharusnya mengambil kesempatan tersebut bagi mendoakan kehancuran Israel kerana membunuh umat Islam di Palestin, selain turut ditujukan kepada pimpinan tertinggi DAP untuk menganut agama Islam.

"Apakah PAS tidak boleh berdoa untuk pemimpin-pemimpin pembangkang yang banyak melakukan skandal-skandal seks, liwat dan berbagai-bagai lagi supaya mereka ini kembali kepada Allah SWT?" tanya beliau.

Anggota Minda Pondok, Mohd Syamsul Mohd Yusoff al-Hafiz pula berkata doa yang dibaca oleh adik Nik Abdul Aziz, Nik Razi Nik Mat adalah bercanggah dengan sunah yang diajarkan Nabi Muhammad SAW iaitu mendoakan keburukan ke atas sesama Islam.

"Kita sepatutnya mendoakan keselamatan, keampunan ke atas sesama Islam. Kami di Minda Pondok berasa ini satu perbuatan yang mengaibkan dan memalukan kerana bercanggah dengan sunah Rasulullah SAW.

"Kami dahulu bersama dengan PAS, tetapi telah keluar daripada parti itu kerana lihat ia sudah tersasar jauh, tergelincir daripada matlamat perjuangan untuk menubuhkan negara Islam dan sanggup mengikut telunjuk DAP yang tidak beragama Islam," katanya.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata sebagai sebuah parti berteraskan Islam, PAS sepatutnya berdoa untuk selamatkan rakyat Palestin dan bukan untuk kehancuran Umno dan BN.

"Doa untuk kebaikan, bukan kehancuran. Pernahkah Nabi Muhammad SAW berdoa agar orang yang menentangnya menerima pembalasan daripada Allah? Sebaliknya dia berdoa agar mereka ini insaf," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Exco negeri di Wisma Darul Iman di sini. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan