KADS1M Eksklusif Buat Pelajar IPT - Ismail Sabri

Diterbitkan: Rabu, 21 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Kerajaan belum berhasrat memperluaskan pemberian Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M) kepada pelajar sekolah menengah kerana ia eksklusif buat penuntut institut pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta di negara ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata jika pemberian kad berkenaan diperluaskan kepada pelajar sekolah, tiada lagi keistimewaan yang diberi kepada penuntut IPT menerusi kad tersebut.

"Buat masa ini, kerajaan tidak bercadang memperluaskan KADS1M yang sememangnya dikhaskan hanya untuk penuntut IPT," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan KADS1M dan perasmian Kafe Siswa 1Malaysia Politeknik Sultan Ahmad Shah (POLISAS) di sini, Rabu.

Katanya, majlis penyerahan kad berkenaan di POLISAS merupakan simbolik penyerahan kad diskaun tersebut kepada 65,000 pelajar politeknik di seluruh negara.

Menurut beliau setakat ini lebih 900,000 daripada 1.5 juta penuntut IPT telah menerima kad berkenaan dengan selebihnya dijangka selesai diedarkan menjelang hujung bulan ini.

Ismail berkata menerusi kad berkenaan pelajar akan menikmati kemudahan potongan harga sehingga 60 peratus bagi pembelian barangan dan perkhidmatan daripada Rakan Dagang terpilih. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan