Gaza: Gamis Adakan Bantahan, Serah Memo Tuntutan Di Pejabat PBB

Diterbitkan: Rabu, 21 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Muhamad Azan (dua, kanan) menyerahkan memorandum tuntutan kepada wakil PBB di Malaysia Dev Patel (dua, kiri) sambil diperhatikan Eikhwan (kiri) dan Syis Abd Kadir (kanan).
Muhamad Azan (dua, kanan) menyerahkan memorandum tuntutan kepada wakil PBB di Malaysia Dev Patel (dua, kiri) sambil diperhatikan Eikhwan (kiri) dan Syis Abd Kadir (kanan).

KUALA LUMPUR: Isu keganasan di Gaza terus mendapat perhatian masyarakat tempatan dengan yang terkini, Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis) membuat bantahan di hadapan bangunan pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dekat sini.

Presiden Gamis Muhamad Azan Safar berkata bantahan dibuat dengan wakil mahasiswa mengadakan perhimpunan secara aman di pejabat PBB bagi menyatakan tuntutan seterusnya menyerahkan memorandum kepada wakil PBB di Malaysia.

"Kita telah menyerahkan memorandum tuntutan kepada wakil PBB di sini, Dev Patel.

"Beliau menerima memorandum tersebut dan berjanji akan menyerahkannya kepada pejabat PBB di New York," katanya kepada mStar Online dekat sini, Rabu.

Perhimpunan membantah kekejaman Zionis di Gaza itu dihadiri kira-kira 30 wakil mahasiswa dari institusi pengajian tinggi awam (IPTA) Malaysia.

Berlangsung lebih kurang satu jam dengan beberapa speaker memberi ucapan bantahan pada pukul 2.45 petang, penyerahan memorandum tuntutan dibuat pada pukul 3.10 petang.

Penyerahan dilakukan sendiri presiden, timbalan presiden Eikhwan Ali dan Naib Presiden Strategik dan Mobilasi Massa Gamis Syis Abd Kadir.

"Antara yang terkandung dalam tuntutan itu ialah kita minta supaya Palestin diiktiraf sebagai wakil PBB.

"Kita juga menuntut agar tentera pengaman dihantar ke sana dengan segera," katanya.

Beliau berkata pihaknya terdorong melakukan bantahan setelah melihat keangkuhan dan kezaliman Israel terhadap masyarakat Islam di Gaza secara khususnya dan di dunia secara amnya.

"Israel menunjukkan keangkuhan terhadap Muslim dunia dengan menyerang Gaza secara zalim yang mana hari ini sudah masuk hari ketujuh.

"Dengan kuasa veto yang dipegang PBB dan AS kami berharap mereka dapat melakukan sesuatu untuk menghentikan peperangan," tegasnya.

Selain itu mereka turut menuntut agar resolusi konflik Israel-Palestin (1972-2006) diimplementasikan dan pemimpin Israel diheret ke muka pengadilan di bawah akta jenayah perang.

Seterusnya mereka menuntut agar pelan kekal perjanjian damai disediakan dan tanah milik Palestin dikembalikan seperti sebelum perang 1967.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan