Cuepacs Setuju Kenaikan Pangkat Secara Time-Based Diperluas Ke Seluruh Sektor Awam

Diterbitkan: Rabu, 21 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menyambut baik dan bersetuju dengan cadangan kerajaan supaya kenaikan pangkat secara 'timed-based', yang kini dinikmati sektor pendidikan dan kesihatan, diperluas kepada perkhidmatan awam lain.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata langkah ini sememangnya dinantikan penjawat awam lain.

"Kalau semua kementerian menggunakan kaedah time-based, itu satu perkara yang amat ditunggu-tunggu oleh semua penjawat awam, sebab di situ nanti mereka akan dapat meningkatkan produktiviti dan prestasi kerja mereka.

"Time-based ini tak sama dengan kenaikan KUP (Khas Untuk Penyandang). Time-based mesti ada satu mekanisma supaya yang naik berdasarkan kaedah time-based hanya yang betul-betul layak sahaja. Kalau dia naik jawatan tapi tak tau nak buat kerja apa pun, baik tak payah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penyerahan Kad Skuad Pengguna kepada anggota Cuepacs di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa berkaitan cadangan kerajaan berhubung perkara itu.

Ali berkata kerajaan sedang meneliti secara terperinci pelaksanaannya termasuk menunggu laporan Suruhanjaya Khas Mengkaji Transformasi Perkhidmatan Awam sebelum perluasan terbabit dilakukan.

Omar berkata penjawat awam tidak memerlukan lagi sistem kenaikan pangkat melalui kaedah temu duga.

"Buat apa nak temu duga kalau dah kerja 30 tahun. Yang menjadi penemu duga pula baru kerja lima tahun tapi yang ditemu duga dah kerja 30 tahun. Masa temu duga pula 15 minit saja, kemudian tanya pula yang bukan-bukan... ," katanya.

Beliau juga berkata kenaikan pangkat melalui kaedah time-based akan dinilai melalui kompetensi, produktiviti dan sumbangan kerja.

"Kalau kerja bagus tapi tak ada sumbangan, tak kreatif, tak berintegriti dan tidak mempunyai sahsiah yang baik, jangan naikkan pangkat dia," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan