Tindak Tanduk PAS Cemar Imej Islam - Hishammuddin

Diterbitkan: Selasa, 20 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Isu PAS mendoakan kemusnahan dan memurtadkan Umno semasa muktamar tahunannya baru-baru ini akan menjadi satu daripada perkara yang dibincangkan dalam usul agama Perhimpunan Agung Umno 2012 minggu depan.

Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata tindakan parti itu mencemar imej Islam.

Tindakan seperti mendoakan kemusnahan atau memurtadkan Umno, merupakan kaedah politik kebencian yang sudah lama menular dalam parti pembangkang itu.

Beliau berharap anggota perwakilan yang akan berbahas pada perhimpunan Agung Umno nanti tidak meletakkan diri mereka sama taraf dengan jurucakap PAS yang tidak tanduk mereka hanya menjejaskan kredibiliti parti.

"Dalam kita mendoakan semoga penduduk Gaza diselamatkan, pembangkang (PAS) tidak ke arah itu, dia lebih menumpukan kepada politik, mendoakan kehancuran musuh politik mereka," katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, Selasa.

Hishammuddin berkata Umno sedang sedaya upaya berusaha bergerak dan menyesuaikan diri dengan landskap tuntutan hari ini, namun Umno tidak akan tergamak mengambil tindakan yang menjurus kepada perpecahan umat dan sesama bangsa.

Beliau berkata perhimpunan agung kali ini amat penting kerana ia merupakan perhimpunan terakhir sebelum parti berhadapan pilihan raya umum, dan para pembahas Umno diminta mengupas isu berkaitan transformasi yang sedang gigih digerakkan parti dan kerajaan sejak tiga tahun ini.

Katanya mereka perlu mengupas kejayaan yang dinikmati negara sejak tiga tahun lepas, sebagaimana yang dijanjikan selepas Umno melalui saat getir pada pilihan raya umum 2008, bukan untuk orang Melayu sahaja, tapi seluruh rakyat.

Hishammuddin berkata anggota Umno perlu faham mengenai tanggungjawab yang dipikul bagi memastikan kestabilan, keselamatan, perpaduan dan juga masa depan negara, dapat dipertahan.

Hishammuddin yang juga Menteri Dalam Negeri berkata kementerian akan menubuhkan Tabung Bantuan Khusus untuk penduduk Gaza, yang kutipannya akan disalurkan kepada Tabung Kecemasan Gaza.

Tabung Kecemasan Gaza dilancarkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada Selasa, sebagai Presiden Yayasan Keamanan Sedunia Perdana (PGPF). BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan