Templer Park Diancam Kemusnahan

Diterbitkan: Selasa, 20 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

 Penebangan hutan bagi membina persimpangan bertingkat dan buglo mewah kini mengamcam kemunsahan hutan simpan Templer Park.
Penebangan hutan bagi membina persimpangan bertingkat dan buglo mewah kini mengamcam kemunsahan hutan simpan Templer Park.

PETALING JAYA: Pembalakan secara berleluasa menyebabkan keindahan semula jadi Templer Park terancam.

Persatuan Pencita Alam Malaysia (MNS) berkata mereka difahamkan berhampiran dengan hutann simpan itu akan dibina lebuh raya bertingkat dan rumah bunglo mewah.

Pengerusi MNS Selangor, Henry Goh berkata kelulusan projek berkenaan harus ditarik balik kerana ia bertentangan dengan Pelan Perancangan Struktur Negeri dan Pelan Pembangunan Majlis Perbandandaran Selayang.

"Projek ini sememangnya bertentangan dengan ikrar kerajaan untuk menghentikan pembalakan di kawasan hutan simpan dan janji untuk mengadakan rundingan sebelum melakukan apa-apa pembangunan di kawasan hijau," katanya.

Kira-kira 39.44 hektra Hutan Simpan Kanching ditebang untuk pembinaan lebuh raya bertingkat, Rawang setinggi 60 meter.

Difahamkan bajawa ia merupakan projek kerajaan Persekutuan dan ia telah diluluskan oleh Jabatan Kerja Raya kepada pemaju, Panzana Enterprise Sdn Bhd. Pada 2005.

Sementara itu, di pinggir lereng bukit hutan simpan berkenaan tanah rizab seluas 6.29 hektar dekat Bukit Takun akan dibina 60 buah bunglo mewah dan projek berkenaan telah oleh Majlis Perbandaraan Selayang.

Sebelum ini Kerajaan Selangor telah membekukan projek pembangunan sedemikian kerana tidak mematuhi garis panduan yang ditetapkan.

Goh berkata projek berkenaan boleh mengancam 'intergriti ekologi' hutan simpan tersebut yang merupakan kawasan tadahan air serta habitat semula jadi spesies hidupan liar dan pokok-pokok yang sukar ditemui.

"Berdasarkan kajian yang dijalankan MNS mendedahkan Persimpangan Bertingkat Rawang akan memberi kesan kepada populasi pokok Hopea Subalata yang sukar dijumpai.

"Selain daripada itu, berdasarkan siasatan Jabatan Perhilitan mendapati kawasan yang akan dibangungkan bagi projek perumahan di Bukit Takun akan mengancam habitat semulajadi haiwan yang terancam iaitu serow,” katanya.

Sementara itu, Ahli Botani Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Dr Lilian Chua berkata Hopea Subalata merupakan spesies pokok yang sukar ditemui dan setakat ini ia hanya boleh dijumpai di Hutan Simpan Kanching.

"Hopea Subalata hanya boleh ditemui di bahagian tertentu hutan simpan dan mempunyai ketumpatan populasi yang sangat rendar. Ini sudah cukup untuk kita memulihara kawasan hutan simpan," kata Chua dalam satu kajian Jurnal Sains Hutan Tropika pada 2004.

Pakar percaya pembinaan projek persimpangan bertingkat itu akan memotong ruang-ruang di mana Hopea Subalata tumbuh dan menganggarkan kira-kira 10 peratus daripada populasinya akan musnah.

Pengurus Pemuliharaan Spesies Dana Hidupan Liar Sedunia (WWF)Malaysia, Dr Han Kwai Kin berkata serow Sumatera (Capricornis Sumatraensis) adalah spesies mamalia seperti kambing dimana hanya terdapat kira-kira 500-750 ekor di dalam negara.

"Mereka adalah haiwan yang hidup bersendirian dengan kadar reproduktif yang rendah. Mereka amat sensitif terhadap gangguan habitat apatah lagi, kemusnahan habitat," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan