Selangor Tidak Guna Dana Awam Selesai Hutang Talam - Kertas Putih

Diterbitkan: Selasa, 20 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Penyusunan semula hutang Talam Corporation Bhd oleh Kerajaan Selangor melalui Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) dilakukan tanpa menggunakan wang awam.

Menerusi laporan Kertas Putih Pelunasan Menyeluruh Hutang Talam, Kerajaan Selangor berjaya mengutip semula jumlah hutang sebanyak RM392 juta daripada Talam melibatkan kos sebanyak RM420,000.

"Dengan kos sebanyak RM420,000, kerajaan negeri berjaya mendapatkan kembali RM392 juta. Ini semestinya satu tindakan yang berbaloi," demikian menurut dokumen berkenaan.

Hutang Talam timbul hasil daripada usahasama syarikat berkenaan dengan tiga syarikat berkaitan kerajaan (GLC) iaitu Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (KHSB), Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) dan Pendidikan Industri YS Sdn Bhd (PISB).

Berdasarkan kertas putih tersebut, kerajaan negeri mengambil alih semua hutang daripada GLC mereka yang seharusnya diterima oleh Talam. Hutang-hutang itu kemudiannya dijual kepada Perbadanan Industri Selangor (SIC), yang mana SIC kemudiannya mendapatkan pinjaman daripada CIMB.

"Pinjaman berjumlah RM392 juta itu adalah perlu untuk mencatat kemasukan tunai dan transaksi jualan hutang-hutang Talam yang dimiliki kerajaan Selangor kepada SIC.

"Berdasarkan prinsip perakaunan kerajaan, hanya transaksi tunai sahaja dan bukannya transaksi hutang boleh diperakukan ke dalam Kumpulan Wang Disatukan," jelas Kertas Putih itu.

Kemudiannya dengan menggunakan pinjaman daripada CIMB, SIC telah membayar kepada kerajaan negeri sebanyak RM392 juta sebagai balasan pengambil alihan hutang-hutang tersebut.

"Kerajaan negeri seterusnya dengan menggunakan balasan sebanyak RM392 juta yang dibayar oleh SIC, meluluskan RM392 juta (dalam bentuk geran) kepada MBI untuk mengambil alih hutang Talam daripada SIC.

"Jumlah RM392 juta yang sama, asalnya daripada pinjaman CIMB dibayar MBI kepada SIC bagi membolehkan SIC membuat pembayaran semula kepada CIMB, yang mana keseluruhan transaksi itu dilakukan bagi membolehkan hutang berkenaan dipindahkan daripada kerajaan negeri kepada MBI," katanya.

Kertas Putih itu turut menjelaskan pinjaman CIMB itu telah dibuat pada 9 November 2009 dan dibayar sepenuhnya pada 10 November tahun yang sama.

Selain itu, Kertas Putih berkenaan juga mendedahkan bahawa jumlah keseluruhan hutang Talam kepada tiga GLC tersebut ialah sekitar RM500 juta.

Bagaimanapun, Kerajaan Selangor bertindak untuk menyatukan proses pungutan pembayaran hutang tersebut dengan menandatangai Perjanjian Pelunasan Menyeluruh (GSA) dengan Talam yang bertujuan menyelesai kesemua hutang berkenaan secara sekaligus.

"Jumlah hutang Talam kepada GLC adalah dalam lingkungan RM500 juta, hanya jumlah yang tidak dipertikai sebanyak RM392 juta dimasukkan dalam GSA.

"Jumlah hutang yang dipertikai pada masa ini dalam tindakan susulan GSC yang berkenaan secara berasingan," katanya.

Berdasarkan Kertas Putih itu juga, dinyatakan bahawa kerajaan negeri menerusi GLC berkaitan akan terus mengenalpasti baki jumlah hutang yang dipertikaikan daripada Talam.

"Kerajaan negeri akan terus membuat pemerhatian terhadap nilaian Tanah Yang Dilunaskan supaya nilai tersebut setara dengan nilai pasaran," jelas Kertas Putih itu.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan