Selangor Dedah Kertas Putih Hutang Talam

Diterbitkan: Selasa, 20 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Selepas dua tahun, kerajaan Selangor akhirnya mendedahkan kertas putih berhubung kontroversi penstrukturan hutang Talam Corporation Bhd.

Kertas putih berkenaan diedarkan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) pada persidangan Dewan Rakyat (DUN) Selangor pada Selasa.

Menerusi kertas putih itu dinyatakan bahawa tindakan kerajaan negeri menyelesaikan hutang Talam bukan merupakan 'bailout' (diselamatkan) kerana tiada sebarang bayaran dibuat kepada syarikat berkenaan.

"Pelunasan hutang-hutang Talam menerusi Perjanjian Pelunasan Menyeluruh (GSA) dilaksanakan bagi memastikan anak-anak syarikat kerajaan (GLC) negeri Selangor mampu mengutip semula hutang Talam.

"Ini bukan satu 'bailout' kerana tiada sebarang bayaran sama ada dalam bentuk tunai atau barangan pernha diberikan kepada Talam untuk mendapatkan tanah atau hartanahnya," katanya.

Sebelum ini pada 2010 kerajaan negeri menangguhkan pembentangan kertas putih berhubung penstrukturan hutang talam kerana wujud beberapa proses traksaksi berhubung perkara berkenaan yang tidak lengkap.

Isu Talam timbul selepas Biro Profesional Muda MCA, Datuk Chua Tee Yong mendakwa kerajaan negeri terlibat dalam skandal penyelewengan transaksi berjumlah RM1 bilion sekalipun jumlah hutang tersebut hanya RM392 juta.

[BERITA PENUH SELEPAS INI]

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan