PM Ada Kuasa Batal Projek Kondo Batu Caves -Exco Selangor

Diterbitkan: Selasa, 20 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Kerajaan Persekutuan mempunyai kuasa untuk membatalkan projek kontroversi pembangunan kondominium 29 tingkat berhampiran pusat keagamaan masyarakat Hindu di Batu Caves.

Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mempunyai kuasa penuh untuk menarik balik lesen projek berkenaan daripada pemaju Dolomite Properties Sdn Bhd.

"Kalau Perdana Menteri dan menteri nak batalkan projek itu, mereka sebenarnya ada kuasa.

"Mereka boleh menarik balik lesen pemaju atau membatalkan permit untuk penjualan dan pengiklanan projek itu," katanya pada sesi soal jawab lisan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini, Selasa.

Beliau menjawab soalan Amirudin Shari (PKR-Batu Caves) yang ingin mengetahui mengenai status terkini tindakan kerajaan negeri terhadap projek kondominium tersebut.

Sebelum ini Najib memberi jaminan bahawa Barisan Nasional (BN) akan membatalkan projek kondominium berkenaan sekiranya parti itu berjaya menawan semula Selangor pada pilihan raya umum akan datang selain akan mencadangkan supaya Batu Caves diisytiharkan sebagai tapak warisan dunia.

Selain itu menjawab soalan tambahan M. Manoharan (DAP-Kota Alam Shah), Ronnie yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pandamaran berkata, kerajaan Pakatan Rakyat Selangor juga mempunyai kuasa yang sama untuk membatalkan projek itu.

"Kedudukan dan pendirian kerajaan negeri jelas dengan mengeluarkan arahan penangguhan dan kita sudah tubuhkan jawatankuasa bertindak yang tujuannya sangat jelas iaitu kita mahu menghentikan projek ini...tapi kita mahu lakukan dengan profesional.

"Kita kena ada keadilan serta sebab-sebab munasabah (untuk batalkan). Kita difahamkan projek ini sudah dapatkan permit penjualan, pengiklanan hingga lebih 60 peratus telah dijual," katanya.

Selain itu katanya kajian lengkap juga perlu bagi menilai kemungkinan pembayaran pampasan kepada pemaju dilakukan sekiranya projek itu dibatalkan.

Bagaimanapun Ronnie dilihat enggan mengulas lanjut kepada soalan Manoharan sama ada beliau sanggup meletak jawatan sebagai exco sekiranya gagal menyelesaikan projek yang mengancam kuil Hindu berusia lebih 100 tahun itu.

"Isu letak jawatan tidak berbangkit kerana pendirian Pakatan Rakyat ialah tidak mahu projek yang mengancam dan menjejaskan warisan negara dilaksanakan," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan