Pertikai Jawatan PM Bukti Jelas Kepincangan Pembangkang - Mohd Ali

Diterbitkan: Selasa, 20 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Pertikaian pakatan pembangkang berhubung jawatan Perdana Menteri jelas menunjukkan kepincangan dan perpecahan mereka, kata Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Mohd Ali, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri, berkata ini membuktikan keadaan sebenar parti pembangkang yang berpecah belah dan tidak mampu mencapai kata sepakat dalam memilih pemimpin tertinggi mereka.

"DAP mahukan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri sedangkan PAS mahu Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dan kecelaruan ini jelas membuktikan ketidakmampuan mereka untuk mentadbir negara," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pendirian perwakilan Muktamar PAS ke-58 baru-baru ini yang mahu Presiden PAS dilantik sebagai Perdana Menteri sekiranya kemenangan berpihak kepada pakatan pembangkang pada pilihan raya umum akan datang, namun ditolak DAP.

Sementara itu, mengulas tindakan PAS mendoakan kehancuran Umno, Mohd Ali berkata parti tersebut telah hilang kewarasan dan tersasar daripada ajaran Islam.

Katanya, parti itu dilihat rakus, tamak dan sanggup melakukan apa sahaja demi mendapat jawatan yang diidamkan. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan