Penjawat Awam Penyumbang Kepada Kejayaan Malaysia Di Dalam Dan Luar Negara - Muhyiddin

Diterbitkan: Selasa, 20 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Malaysia mengecapi pelbagai pencapaian sama ada di dalam negara mahupun di peringkat global berikutan kerjasama mantap penjawat awam, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata penjawat awam menjadi komponen penting dalam menentukan wawasan dan perancangan sosioekonomi negara mengikut matlamat serta sasaran yang ditetapkan.

Katanya penjawat awam merupakan faktor penting dalam memberi nasihat, merancang dan melaksanakan matlamat pembangunan yang telah dibentuk.

"Walaupun dipisah daripada kepimpinan politik dari segi organisasi, pegawai-pegawai awam perlu berpegang kepada prinsip dan matlamat yang sama dengan kepimpinan semasa," katanya pada majlis perjumpaan bersama anggota perkhidmatan awam Sabah di sini pada Selasa.

Muhyiddin berkata Malaysia tidak mungkin mencapai tahap pembangunan sekarang jika negara tidak cekap menjana persekitaran perniagaan yang kondusif dan cekap cara berdagang dalam pasaran dunia yang semakin kompetitif.

Negara, katanya berjaya meningkatkan pelaburan sektor swasta kepada RM94 bilion tahun lepas atau 19.4 peratus daripada tahun sebelumnya dan pelaburan asing yang turut meningkat kepada RM32.9 bilion tahun lepas atau 12.3 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Beliau juga berkata kemajuan Program Transformasi Ekonomi tahun lepas berjaya melancarkan 110 projek dengan potensi pelaburan RM179.2 bilion.

Di peringkat global pula, Muhyiddin berkata Malaysia membuktikan kemampuan dalam meningkatkan aliran pelaburan masuk dan mendapat pengiktirafan Bank Dunia sebagai negara di tempat ke-12 dalam amalan perniagaan terbaik, mengatasi negara maju seperti Sweden, Taiwan, Jerman, Jepun dan Switzerland.

Di samping itu, beliau berkata Laporan Persaingan Global menyenaraikan Malaysia sebagai negara kedua terbaik di kalangan negara Asean dan keenam di Asia Pasifik.

Menjelang pilihan raya umum ke-13, Muhyiddin berharap penjawat awam terus melaksanakan peranan masing-masing dalam menerangkan isu semasa yang sebenar mengenai kerajaan, terutamanya isu yang dibangkitkan oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan