Kertas Cadangan Tindakan Tatatertib Terhadap Dr Hasan Ditangguhkan - SPA

Diterbitkan: Selasa, 20 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kertas cadangan tindakan tatatertib terhadap Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman ditangguhkan dan dijangka dibentang semula dalam mesyuarat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Isnin depan.

Pengerusi SPA Tan Sri Mahmood Adam berkata walaupun mesyuarat SPA semalam telah menimbang kertas cadangan itu, namun SPA mengambil perhatian bahawa jawatan Ketua Pengarah Kesihatan merupakan satu jawatan khas menurut Fasal (3) Perkara 144 Perlembagaan Persekutuan.

"Sehubungan itu, tindakan sewajarnya perlu diambil terlebih dahulu mengambil kira peruntukan undang-undang berkenaan dengan perjawatan tersebut sebelum tindakan penggantungan tugas dan tindakan tatatertib dimulakan ke atas pegawai berkenaan," katanya dalam kenyataan di sini Selasa.

Kertas cadangan itu ditangguhkan sehingga tindakan berkenaan diselesaikan. Rabu lepas, Dr Hasan, 56, dan pasangannya Wan Syarifah Nooraazmanita Wan Hassan, 36, juga kakitangan kementerian, masing-masing didenda RM3,000 dan RM2,900 oleh Mahkamah Tinggi Syariah setelah mengaku bersalah atas tuduhan berkhalwat di sebuah bilik Hotel Pullman Putrajaya, di sini pada 2.18 pagi hari yang sama. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan