Kerajaan Tubuh Jawatankuasa Khas Kaji Isu Bayaran Hasil Petroleum

Diterbitkan: Selasa, 20 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kerajaan persekutuan bersetuju menubuhkan sebuah jawatankuasa khas untuk mengkaji secara adil dan telus berhubung isu bayaran tunai hasil petroleum kepada negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung.

Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri hari ini, jawatankuasa khas itu akan dipengerusikan bekas ketua hakim negara Tun Abdul Hamid Mohamad.

Ia akan dianggotai pakar undang-undang antarabangsa dan tempatan; wakil kerajaan negeri Terengganu, Kelantan dan Pahang yang diperkenan Sultan negeri-negeri berkenaan.

Penubuhan jawatankuasa khas itu bertujuan mengkaji secara menyeluruh isu bayaran tunai dengan mengambil kira semua aspek yang dibangkitkan oleh negeri di pantai timur tersebut.

"Jawatankuasa itu dijangka akan menamatkan tugasnya dalam tempoh enam bulan bermula dari tarikh penubuhannya," jelas kenyataan itu lagi.

Kerajaan persekutuan juga menerima calon dari Kelantan dan Pahang sementara calon dari Terengganu masih dalam pertimbangan kerajaan negeri berkenaan.

Mengikut laporan media, Kelantan membuat tuntutan RM10.4 bilion hasil petroleum dan gas yang dikeluarkan.

"Memandangkan Kelantan telah bersetuju dengan penubuhan jawatankuasa tersebut dan telah pun menamakan calon mewakilinya, maka adalah wajar segala isu dan tuntutan dikemukakan kepada jawatankuasa tersebut," tambah kenyataan itu lagi. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan