JPS: Radar Baharu Bantu Atasi Banjir Kilat

Diterbitkan: Selasa, 20 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) berkata penggunaan sistem radar yang membolehkan kadar bacaan hujan dilakukan lebih cepat boleh membantu mengatasi masalah banjir kilat di sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang.

Pengarah Bahagian Sumber Air dan Hidrologi JPS Datuk Hanapi Mohamad Noor berkata ia melibatkan sistem 'Polarimetric Doppler Weather Radar' dari Jepun yang dianggarkan bernilai RM3 juta.

Beliau bagaimanapun berkata pemasangan radar itu perlu terlebih dahulu dibincangkan dengan pihak Jabatan Meteorologi Malaysia.

"Radar sedia ada mengambil 10 minit untuk merekodkan taburan hujan dan jumlah hujan yang turun, namun radar baharu ini mampu merekodkan data yang dikehendaki dalam masa seminit," katanya kepada Bernama selepas menghadiri seminar mengatasi banjir melalui kerjasama antara Malaysia dan Jepun di sini hari ini.

Hanapi menjelaskan penggunaan radar itu membolehkan maklumat dan data yang direkodkan dibaca sebelum hujan turun, sekaligus membantu penyediaan ramalan hujan lebih awal.

"JPS banyak bergantung kepada radar di Subang yang dikendalikan Jabatan Meteorologi, namun perolehan data setiap 10 minit sekali merugikan kami daripada segi masa apatah lagi banjir yang berlaku di Lembah Klang boleh berlaku dalam kadar yang pantas," kata Hanapi.

Menurut beliau cerapan maklumat lebih pantas dan kerap amat penting bagi membolehkan pihaknya merangka pelan efektif bagi mengatasi masalah banjir kilat.

Seminar sehari anjuran Universiti Tenaga Nasional dengan kerjasama Kedutaan Jepun di sini itu dirasmikan Timbalan Ketua Pengarah 1 JPS Datuk Nordin Hamdan. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan