Ghani Othman Saran Felda Cari Jalan Tebus Tanah Peneroka Yang Tergadai

Diterbitkan: Selasa, 20 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA TINGGI: Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani menyarankan kepada Felda agar mencari jalan untuk menebus semula tanah penerokanya yang tergadai.

Beliau berkata tanah tersebut perlu dikembalikan kepada peneroka.

Pada masa yang sama Abdul Ghani turut mengingatkan peneroka agar tidak mudah menjual tanah mereka hanya kerana ingin menjadi senang dengan mudah atau jutawan segera.

Beliau berkata demikian dalam ucapan pada majlis penyampaian surat hak milik tanah gugusan Felda Lok Heng di sini hari ini. Teks ucapan beliau dibacakan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerja Raya dan Kerajaan Tempatan negeri Datuk Ahmad Zahri Jamil.

Menurut Abdul Ghani, tanah merupakan aset yang sangat bernilai dan mesti dimanfaatkan pemiliknya untuk pulangan ekonomi jangka panjang.

"Sebarang cadangan pembangunan tanah peneroka untuk sesuatu projek adalah tertakluk kepada peraturan yang telah ditetapkan oleh kerajaan bagi menjamin kepentingan peneroka.

"Ini untuk mengelak kejadian tanah-tanah peneroka bertukar milik kerana dilelong akibat kegagalan menjelaskan hutang pinjaman kepada institusi kewangan seperti segelintir kes yang berlaku di negeri ini," katanya.

Menurut Abdul Ghani, sehingga Oktober lepas, sebanyak 18,795 peneroka dari 49 tanah rancangan Felda di Johor telah menerima surat hak milik masing-masing.

"Masih terdapat 8,673 peneroka di 24 buah rancangan yang belum dikurniakan surat hak milik kerana masih dalam proses di Pejabat Tanah Daerah dan selain belum selesai menjelaskan bayaran kembali kepada kerajaan (Felda)," katanya.

Menurut Abdul Ghani lagi penyerahan surat hak milik peneroka di gugusan Felda Lok Heng itu merupakan detik bersejarah bagi negeri ini, kerana merupakan surat hak milik pertama memasukkan nama isteri atau waris kadim sebagai pemilik bersama.

Pada majlis itu 631 peneroka dari Felda Lok Heng Barat, Lok Heng Timur dan Lok Heng Selatan menerima surat hak milik tanah masing-masing. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 24 Oktober 2017 4:12 PM

Mujur Tak Kena Langgar

Selasa, 24 Oktober 2017 2:47 PM

Nampak Mayat Bergelimpangan...

Selasa, 24 Oktober 2017 9:00 AM

Jom Santai Tajul & Ruhainies Gamat!

Selasa, 24 Oktober 2017 8:30 AM

Penangan Ketam Raja

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Kolumnis

iklan

Iklan