Cadangan Hadi Jadi PM Cermin Sikap Berebut-Rebut Pembangkang - Tun Mahathir

Diterbitkan: Selasa, 20 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Hasrat PAS yang mahu presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjadi perdana menteri sekiranya cita-cita pakatan pembangkang memerintah tercapai, menunjukkan sikap berebut-rebut sesama mereka.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad secara sinis berkata jawatan itu patut diberi kepada Pengerusi DAP Karpal Singh.

"Belum jadi kerajaan sudah berebut-rebut, esok (kalau) dah jadi kerajaan bukan saja Hadi, Anwar (Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim) malah Karpal Singh pun nak jadi PM juga.

"Bagilah kepada dia. Teruk, lama dia berjuang...patut bagi Karpal Singh (jadi) perdana menteri Malaysia, yang amat berhormat...bila pencen dapat Tun," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Tabung Bantuan Kecemasan Gaza di sini, Selasa.

Dr Mahathir yang juga presiden Yayasan Keamanan Sedunia Perdana (PGPF) mengulas pendirian perwakilan Muktamar PAS ke-58 baru-baru ini yang mahu Abdul Hadi menjadi perdana menteri sekiranya kemenangan berpihak kepada pakatan pembangkang pada pilihan raya umum akan datang.

Ditanya mengapa DAP pula mahu Anwar menjadi perdana menteri, Dr Mahathir berkata parti itu mahu mendapat kepercayaan daripada masyarakat Melayu di negara ini.

Mengenai kenyataan Anwar kepada akhbar Wall Street Journal awal tahun ini yang dilapor menyokong semua tindakan menjaga keselamatan Israel, beliau berkata perkara itu timbul kerana mahukan sokongan Yahudi.

Dr Mahathir bagaimanapun meminta penyokong Anwar supaya tidak telalu taksub dan fanatik tetapi menggunakan akal untuk menimbang segala perbuatan yang dilakukan pemimpin mereka itu.

"Kalau tanpa mengambil kira apa yang pemimpin buat, ia akan merosakkan negara," tegasnya.

Mengenai pendengaran oleh Suruhanjaya Jenayah Perang Kuala Lumpur mengenai Palestin hari ini, Dr Mahathir berkata selain menyenaraikan Israel dalam daftar jenayah perang, media perlu menyiarkan pelbagai kesalahan jenayah Israel untuk diadili masyarakat antarabangsa.

Tambah beliau, media Malaysia lebih bersifat terbuka dalam melaporkan kejadian sebenar berbanding media antarabangsa yang kebanyakannya dikuasai Yahudi.

Tabung yang dilancarkan itu bertujuan membantu mangsa serangan Zionis Israel sejak Rabu lepas di Semenanjung Gaza yang dilapor mengorbankan lebih 100 penduduk dan mencederakan 700 yang lain. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan