Adun BN Taman Templer Digantung Sidang DUN - Berita Semasa | mStar

Adun BN Taman Templer Digantung Sidang DUN

Diterbitkan: Selasa, 20 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Hanya sekadar mahu mendapatkan penjelasan, Datuk Seri Subahan Kamal (BN-Taman Templer) digantung persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor selama satu jam.

Menggunakan Peraturan Tetap 44(2), Speaker DUN, Datuk Teng Chang Khim mengarahkan Subahan keluar dewan kerana gagal mematuhi arahannya.

Arahan itu dibuat selepas Subahan mengeluarkan kenyataan mendakwa Speaker bersikap tidak adil ketika membenarkan wakil rakyat BN mencelah pada sesi perbahasan.

"Kalau tak faham (peraturan), jangan duduk dalam dewan," kata Teng.

Terdahulu, Subahan cuba mencelah ketika M. Manoharan (DAP-Kota Alam Shah) membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2013.

Kekecohan bermula apabila Manoharan enggan memberi laluan kepada Subahan yang ingin mendapatkan penjelasan berhubung isu kepentingan kaum India yang dibangkitkannya.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan