Abdul Khalid Akui Cadang YDP Majlis Perbandaran Selayang Dipindah

Diterbitkan: Selasa, 20 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengakui bahawa beliau mencadangkan supaya Yang Dipertua (YDP) Majlis Perbandaran Selayang, Datuk Zainal Abidin dipindahkan.

“Saya hanya mencadangkannya tetapi tidak meminta dia (Dr Zainal Abdidin) ditukarkan ke jabatan yang berbeza kerana sekiranya Datuk Bandar hanya mempunyai satu tahun berkhidmat, saya tidak akan menunggu sehingga saat-saat akhir untuk mencari pengganti.

“Malah saya mencadangkannya sebelum projek kondominium setinggi 29 tingkat berhampiran dengan Batu Caves menjadi kontroversi,” katanya pada sidang media, Isnin.

Khalid mengulas kenyataan Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa yang menyatakan bahawa penamatan jawatan Zainal Abidin itu dibuat selepas terdapat permintaan daripada kerajaan negeri Selangor.

“Ini menunjukkan saya mempunyai kuasa untuk melantik atau memecat Datuk Bandar.

“Saya amat gembira mengenainya. Sekarang mereka tahu kuasa melantik Datuk Bandar di tangan MB,” katanya berseloroh.

Dr Ali berkata, setiausaha kerajaan negeri Selangor, dalam surat bertarikh 15 Oktober menyatakan bahawa Khalid mahu Zainal Abidin digantikan dengan pegawai lain.

Surat pemindahan bagi Zainal Abidin dikeluarkan pada 9 November dan menyatakan bahawa beliau telah berpindah ke Institut Tadbiran Awam Negara (Intan) yang berkuat kuasa 15 November.

Pertukaran Zainal Abidin secara tiba-tiba mencetuskan pelbagai spekulasi yang mengaitkan dengan kontroversi cadangan projek kondominium 29 tingkat dekat Batu Caves, Selangor.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan