Tasik Pedu: Tebang 400 Hektar Untuk Projek Agropelancongan - Azizan

Diterbitkan: Isnin, 19 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Penebangan balak membabitkan kawasan seluas 400 hektar di hutan simpan Tasik Pedu, Padang Terap adalah bagi membangunkan taman agropelancongan pertama negara, kata Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Katanya, projek itu akan tetap diteruskan sekalipun Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah menolak laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA).

Ini kerana katanya JAS memperuntukkan EIA bagi kawasan yang berada pada paras 240 meter dari aras laut, manakala Jabatan Perhutanan pula mensyaratkan hanya kawasan pada ketinggian 750 meter yang perlukan EIA.

"Nak ikut yang mana...tanah telah ditolak. Peruntukan RM20 juta untuk projek ini akan dimasukkan dalam Belanjawan 2013," katanya kepada pemberita, di sini Isnin.

Beliau diminta mengulas laporan akhbar pada Isnin yang melaporkan mengenai kerja penebangan balak secara berleluasa di kawasan hutan simpan Tasik Pedu dan hutan Bukit Bintang, Gunung Inas, Baling.

Antara lain, laporan itu memetik Timbalan Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir sebagai berkata, kerajaan Kedah pimpinan PAS tidak mematuhi arahan JAS agar kerja membersih hutan di kawasan Tasik Pedu dihentikan selepas menolak laporan EIA.

Mengulas lanjut, Azizan turut mempertikai gambar yang disiar akhbar berkenaan yang didakwanya memaparkan kawasan pembalakan di kawasan Gunung Inas dan bukan Tasik Pedu. Mengulas mengenai taman agropelancongan itu, Azizan berkata, pelbagai pokok buahan termasuk anggur dan kurma akan ditanam di taman itu bagi menarik pelancong.

"Setakat ini lebih 1,000 pokok mempelam telah ditanam. Projek ini menawarkan banyak peluang pekerjaan dan diyakini berjaya dengan adanya lebuhraya TEKIH (Trans Eastern Interland Highway) yang menghubungkan tiga daerah Padang Terap-Sik-Baling," katanya.

Azizan sebelum itu hadir di Mahkamah Tinggi di sini bagi memberi keterangan berhubung saman waris pemilik asal tapak Madrasah Salihiah Kancut terhadap kerajaan negeri Kedah, Majlis Agama Islam Kedah dan Pentadbir Tanah Daerah Kota Setar.

Azizan memberi keterangan itu dalam kamar. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan