Malaysia Dapat Pengiktirafan Negara Ke-8 'Paling Bahagia' - KPN

Diterbitkan: Isnin, 19 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Tan Sri Ismail Omar bersalaman dengan pegawai-pegawai kanan polis ketika hadir merasmikan persidangn tahunan ketua-ketua agensi Polis Bantuan (APAC) di Kota Kinabalu Sabah. -fotoBERNAMA
Tan Sri Ismail Omar bersalaman dengan pegawai-pegawai kanan polis ketika hadir merasmikan persidangn tahunan ketua-ketua agensi Polis Bantuan (APAC) di Kota Kinabalu Sabah. -fotoBERNAMA

KOTA KINABALU: Malaysia terus mendapat pengiktirafan antarabangsa selepas diumumkan menjadi negara kelapan paling bahagia daripada 100 buah negara, melalui Indeks Kebahagian yang dikeluarkan baru-baru ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata laporan indeks keluaran World Happiness Report dan diterbitkan oleh The Earth Institute, Columbia University itu berjaya mengatasi negara maju lain.

"Sebagai perbandingan, Amerika Syarikat di tempat ke-23, Kanada (24), Jepun (34) dan Korea Selatan ke-38.

"Saya berkongsi maklumat ini kerana segala tindakan dan keberkesanan kita adalah selari dengan kebahagian masyarakat," katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Ketua Agensi Polis Bantuan bersama Pegawai Kanan PDRM ke-24 di Wisma Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) di sini, Isnin.

Justeru, katanya, semua pihak perlu menggandakan usaha agar masyarakat di negara ini terus hidup aman dan bahagia. Persidangan dua hari itu dihadiri 200 peserta terdiri daripada pegawai kanan polis dan ketua agensi polis bantuan seluruh negara.

Pengarah Urusan SESB Abd. Razak Sallim berkata penganjuran persidangan itu bagi memantapkan kerjasama dan hubungan dua hala di antara agensi polis bantuan dan Polis Diraja Malaysia agar imej pasukan polis dapat dipertingkatkan ke tahap lebih tinggi. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan