Kerajaan Peruntuk RM30 Juta Bina Dewan Malaysia Di Perth

Diterbitkan: Isnin, 19 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PASIR GUDANG: Kerajaan memperuntukkan RM30 juta bagi membina sebuah Dewan Malaysia di Australia Barat bagi menampung keperluan pelajar negara yang semakin meningkat di sana, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Mohamed Khaled berkata dewan tersebut akan dibina di Perth selepas menerima cadangan daripada masyarakat dan 3,000 pelajar Malaysia yang berada di sana.

"Dewan Malaysia Perth akan menjadi yang ketiga di Australia selepas Melbourne dan Sydney," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program berkhatan beramai-ramai di Perjiranan 8 di sini, Ahad.

Khaled berkata pelajar yang menyambung pelajaran di Australia Barat akan menginap di Dewan Malaysia Perth sebelum memasuki universiti masing-masing kerana kos sewa bagi penginapan sementara di sana adalah sangat tinggi.

Dewan Malaysia Perth akan mempunyai 80 bilik penginapan.

Kemudahan yang biasa ada di sesebuah Dewan Malaysia termasuk dewan, kantin atau perpustakaan.

Menurut beliau terdapat seramai 18,000 pelajar Malaysia belajar di beberapa universiti negara tersebut dan jumlah itu bertambah setiap tahun.

Sementara itu, Khaled yang juga Anggota Majlis Tertinggi Umno mempersoalkan siapa yang bakal menjadi Perdana Menteri jika pihak pakatan pembangkang memenangi pilihan raya akan datang.

Menurutnya Dewan Ulama Pas mahukan agar presiden parti itu Datuk Seri Abdul Hadi Awang memegang jawatan itu tetapi pada masa yang sama sekutunya DAP dan Keadilan menyatakan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pilihan mereka.

"Mereka tidak dapat bersetuju siapa akan menjadi Perdana Menteri mereka, tapi mereka nak ambil alih Putrajaya daripada Barisan Nasional," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan