JTF Platform Sesuai Atasi Isu Amah Indonesia Di Malaysia

Diterbitkan: Isnin, 19 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Mesyuarat Pasukan Petugas Bersama (JTF) Malaysia-Indonesia yang dijadual di Bogor penghujung bulan ini dijangka boleh mengatasi pelbagai isu berkaitan pembantu rumah Indonesia di Malaysia.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan berkata, JTF merupakan platform paling sesuai untuk membincangkan isu-isu semasa dan isu-isu pelaksanaan memorandum persefahaman (MoU) tentang pengambilan dan penempatan pembantu rumah Indonesia di Malaysia.

"Pada masa ini kita dapati wujud isu pelaksanaan dan saya yakin dengan mesyuarat JTF ini pada hujung bulan ini, perkara-perkara yang membelenggu pelaksanaan MoU ini dapat diatasi," katanya kepada Bernama di sini.

Maznah berada di sini kerana menghadiri Pertandingan Kemahiran Asean.

Malaysia menghantar 44 peserta yang mengambil bahagian dalam 22 dari 23 bidang kemahiran yang dipertandingkan.

JTP dipengerusikan bersama Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Manusia Malaysia dan Indonesia dan dianggotai semua pihak berkepentingan.

Hasil perbincangannya dibawa ke Kumpulan Kerja Bersama (JWG) yang dipergerusikan di peringkat menteri.

Maznah berkata, Kerajaan Malaysia kesal kerana dari masa ke semasa telah berlaku beberapa insiden yang tidak diingini membabitkan pekerja asing dan ini merupakan kes terpencil tetapi mendapat liputan media yang meluas.

Beliau bagaimanapun menegaskan bahawa Malaysia menguatkuasakan undang-undang dan peraturan dengan tegas dan tidak ada siapapun di Malaysia yang terlepas daripada sistem undang-undang itu jika mereka terbukti melanggarinya.

Maznah berharap semua pihak akan mendukung semangat yang terkandung dalam MoU itu dan mengunakan JTF untuk mengatasi sebarang permasalahan, kerana ia diwujudkan untuk membincangkan masalah pelaksanaan dengan lebih mudah dan lebih kerap berdasarkan maklumat terkini dan siasatan terhadap kes-kes tertentu.

"Malaysia dan Indonesia mempunyai hubungan yang akrab. Dari dahulu hingga sekarang memang ada isu-isu yang berlaku tetapi akhirnya kerana semangat persaudaraan dan kesefahaman yang begitu tinggi serta jalinan kemesraan antara kedua-dua negara ini, permasalahan akan dibincang dalam semangat persaudaraan itu," katanya.

Sementara itu, dalam tinjauan beliau ke sebuah pusat latihan pembantu rumah yang dikendalikan sebuah agensi pekerja asing di Bekasi, Jawa Barat pada Ahad, Maznah berkata, pusat latihan seumpama itu menunjukkan kesungguhan kerajaan Indonesia dalam usaha meningkatkan kompetensi calon pembantu rumah yang akan dihantar bekerja ke luar negara.

Ketua Pengarah Badan Nasional Penempatan dan Perlindungan Tenaga Kerja Indonesia (Binapenta), Dr Reyna Usman berkata, kerajaan Indonesia komited dengan usaha itu dan mensyaratkan semua agensi pekerja asing yang ingin menghantar calon pembantu rumah ke luar negara supaya mempunyai pusat latihan sendiri. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan