Hadi Alu-alukan Cadangan Jadi PM Tapi Islam Mesti Menang Dahulu...

Diterbitkan: Isnin, 19 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Selepas menerima maklum balas positif daripada perwakilan, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang secara terbuka mengalu-alukan saranan agar beliau dilantik sebagai perdana menteri ketujuh sekiranya pakatan pembangkang memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Bagaimanapun Abdul Hadi menegaskan agar pembangkang perlu terlebih dahulu memenangi pilihan raya jika mahu mengangkat beliau sebagai perdana menteri.

"Saya alu-alukan cadangan supaya saya dilantik menjadi PM (Perdana Menteri), kadang-kadang syok juga (jadi perdana menteri) tetapi saya nak minta Tuhan menangkan Islam, nak jadi apa lepas tu, nak mati pun matilah," katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan Muktamar Tahunan PAS ke-58 di sini, Ahad.

Pada muktamar kali ini, timbul banyak gesaan di kalangan perwakilan termasuk Dewan Ulama dan Dewan Muslimat yang mahu pemimpin tertinggi mereka dipilih sebagai perdana menteri di kalangan pakatan pembangkang.

Cadangan itu sekaligus dilihat bahawa ahli PAS menolak persepakatan pakatan pembangkang untuk mengangkat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri Malaysia yang ketujuh.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan