DAP Kekal Dengan Persetujuan Pakatan Anwar Sebagai PM - Guan Eng

Diterbitkan: Isnin, 19 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: DAP kekal dengan persetujuan yang dibuat Pakatan Rakyat (PR) bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadi perdana menteri jika gabungan itu menang dalam pilihan raya umum.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata PR sentiasa tetap dengan pendirian bahawa ketua pembangkang seharusnya menjadi calon perdana menteri.

"Setakat yang DAP tahu dan berdasarkan apa yang telah dipersetujui Pakatan, kita mengikut persetujuan dan pilihan untuk perdana menteri adalah Anwar.

"Kami berpegang dengan apa yang telah dipersetujui bersama-sama," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen.

Mengenai kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa beliau mengalu-alukan saranan untuk beliau menjadi perdana menteri, Lim berkata:

"Beliau mempunyai kebebasan bersuara dan hak untuk mengatakannya."

Hadi memberitahu pemberita selepas kongres parti itu pada hujung minggu yang beliau teruja untuk menjadi perdana menteri.

Sayap parti, Dewan Ulama dan Muslimat juga mengulangi permintaan mereka supaya Hadi memimpin negara.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan