32 Negara Layak Tukar Lesen Memandu Secara Automatik - Berita Semasa | mStar

32 Negara Layak Tukar Lesen Memandu Secara Automatik

Diterbitkan: Isnin, 19 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Rakyat dari 32 negara layak menukar lesen memandu mereka kepada lesen memandu Malaysia secara automatik, kata Timbalan Menteri Pengangkutan Jelaing Mersat.

Beliau berkata ini selaras dengan 'United Nations Conference on Road and Motor Transport, Geneva 1949 and 1968' yang memperuntukkan negara anggota saling mengiktiraf lesen memandu masing-masing.

"Sebanyak 115 negara tidak diberi secara automatik di bawah konvensyen itu yang mana mereka perlu membuat permintaan kepada Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)," katanya ketika menjawab soalan tambahan Ahmad Kasim (PKR-Kuala Kedah) di Dewan Rakyat Isnin.

Ahmad mempersoal tindakan memberi lesen kepada pemandu warga asing sedangkan mereka tidak mahir undang-undang negara ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata antara sebab permohonan pertukaran lesen memandu warga asing tidak diluluskan ialah tidak mematuhi syarat tertentu yang ditetapkan JPJ.

Syarat-syarat itu melibatkan tempoh sah pasport dan visa, lesen memandu yang sah, surat terjemahan lesen memandu jika tidak ditulis dalam bahasa Inggeris, pengesahan lesen memandu dari kedutaan negara pengeluar atau pengesahan daripada pihak berkuasa pengeluar lesen berkenaan, di samping mengisi lengkap borang JPJ beserta dokumen tambahan yang diperlukan termasuk gambar berwarna.

"Bagi maksud pertukaran ini, permohonan akan dikenakan fi lesen memandu sebanyak RM30 setahun dan yuran proses sebanyak RM20," katanya

Kata beliau, rekod JPJ menunjukkan daripada 13,252 permohonan, sebanyak 8,469 telah diluluskan antara 2010 dan 30 Okt lepas. - BERNAMA

   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan