Umno Adakan Raptai Perhimpunan Agung 2012

Diterbitkan: Ahad, 18 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Umno pada Ahad mengadakan raptai penuh acara-acara yang akan berlangsung sempena Perhimpunan Agung Umno 2012 dari 27 November hingga 1 Disember.

Raptai yang berlangsung selama hampir tiga jam itu mencakupi perasmian perhimpunan sayap-sayap Umno serta perhimpunan agung itu sendiri.

Turut belangsung di sebelah pagi ialah raptai upacara menaikkan bendera Umno di perkarangan ibu pejabat parti di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Setiausaha Kerja Umno, Datuk Abdul Rauf Yusoh berkata 2,759 perwakilan dari seluruh negara dijangka menghadiri perhimpunan itu.

Beliau berkata semasa perhimpunan, perwakilan boleh menggunakan aras bawah hingga aras lima Dewan Merdeka PWTC manakala aras enam dikhaskan untuk pemerhati dan pegawai pelbagai kementerian.

"Selain pas khas, setiap perwakilan yang ingin masuk ke dalam dewan mesti menunjukkan kad pengenalan masing-masing kepada pengawal bertugas, berbeza dengan tahun lepas yang menggunakan hanya kad akses khas," katanya kepada Bernama pada akhir raptai itu.

Selain itu, Abdul Rauf berkata, 1,700 wartawan dari dalam dan luar negara dijangka membuat liputan pada perhimpunan itu.

Beliau berkata, satu tayangan video mengenai perjanjian damai antara kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) yang melibatkan usaha Malaysia akan ditayangkan pada perhimpunan berkenaan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan