TPM Gesa Pakar M'sia Kembali Sumbang Kepakaran Kepada Tanah Air

Diterbitkan: Ahad, 18 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GOLD COAST (Australia): Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjemput diaspora pakar Malaysia di luar negara untuk kembali ke tanah air untuk membantu melonjakkan kemajuan negara melalui sumbangan kepakaran mereka.

Dengan dianggarkan diaspora Malaysia di luar negara kini berjumlah 1.2 juta dengan Australia antara negara yang teramai dihuni, beliau berkata kepakaran dan kemahiran mereka boleh digembleng untuk kepentingan negara.

Golongan pakar Malaysia di seberang laut kini tidak terhad dalam bidang perubatan, perakaunan dan undang-undang seperti dahulu kerana diaspora Malaysia juga terlibat dalam bidang-bidang lain seperti pengkhususan sains dan menjadi penyelidik di universiti, katanya.

"Sektor pekerjaan kita memerlukan lebih pakar. Negara memerlukan anda pulang, negara memerlukan kepakaran anda," katanya pada majlis jamuan makan malam bersama penuntut dan rakyat Malaysia di Queensland di sini Sabtu malam.

Pada Khamis, Muhyiddin melancarkan Rangkaian Perantau Saintifik Malaysia (MSDN) di sini yang akan bertindak sebagai platform menghubungkan saintis Malaysia di seluruh dunia dan mempromosi penyelidikan mereka dalam bidang kepakaran masing-masing untuk kebaikan negara.

Muhyiddin yang juga menteri pelajaran berkata, rancangan dan program transformasi yang dilaksanakan kerajaan membuka ruang yang luas untuk pakar Malaysia untuk kembali serta menyumbang khidmat kepakaran mereka.

Beliau berkata, jika dahulu mungkin pakar atau penyelidik Malaysia di luar negara akan bertanya sama ada mereka mempunyai prospek sekiranya pulang namun kini mereka tidak perlu khuatir kerana peluang itu semakin terbuka.

"Dengan program transformasi yang berlaku dalam negara, ruang itu pasti lebih terbuka," katanya.

Muhyiddin menasihatkan diaspora pakar Malaysia agar memanfaatkan peluang ketika berada di luar negara dengan memberikan sepenuh perhatian dalam bidang yang diceburi dan menimba pengalaman berguna di negara berkenaan agar kepakaran itu dapat digunakan untuk menyumbang dalam pengurusan negara.

Beliau menambah, rakyat Malaysia yang berminat untuk kembali menyumbang kepakaran di tanah air boleh berhubung dengan Talent Corporation Malaysia Bhd (TalentCorp), badan yang bertindak sebagai pemudahcara untuk menguruskan kedatangan bakat-bakat.

Terdahulu, Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno ketika mengadakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin Kelab Umno Australia dan New Zealand mahu pemimpin kelab Umno di luar negara menggunakan saluran media sosial untuk menangkis isu dan tohmahan yang dilemparkan pembangkang.

Beliau berkata, pembangkang sedang cergas membawa pelbagai isu berikutan pilihan raya umum boleh diadakan pada bila-bila masa dari sekarang.

"Kita kena ambil langkah yang proaktif untuk tangani isu," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan