Muktamar PAS Lulus 6 Usul, Gesa Tubuh Unit Audit Syariat

Diterbitkan: Ahad, 18 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Muktamar Tahunan PAS ke-58 pada Ahad meluluskan usul supaya Majlis Syura Ulama menubuhkan unit audit syariat bagi melakukan pemantauan terhadap kepimpinan di semua peringkat parti itu.

Usul berkenaan antara lain menggesa Majlis Syura Ulama supaya menjadi agen semak terhadap kepimpinan parti itu agar tidak menyimpang daripada ajaran Islam.

"Pengauditan ini juga merangkumi semua aspek termasuk urusan pentadbiran dan penglibatan pemimpin PAS yang memegang jawatan dalam parti dan kerajaan supaya memenuhi pematuhan syariat dan tidak melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan syariat," kata wakil Dewan Ulama, Ismie Taib ketika mencadangkan usul berkenaan.

Selain itu, Muktamar Tahunan PAS ke-58 turut sebulat suara meluluskan lima lagi usul termasuk menggesa kerajaan menangguhkan perlaksanaan Sistem Perlaksanaan Automatik (AES) serta sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).

Muktamar yang berlangsung selama tiga hari bermula Jumaat lalu itu turut meluluskan usul bagi mendesak kerajaan menetapkan pendirian tegas berhubung isu kemanusiaan berkaitan konflik di Palestin dan isu kaum Rohingya di Myanmar.

Tidak ketinggalan, muktamar yang dihadiri 1,116 perwakilan itu juga meluluskan dua usul politik yang dibawa Jawatankuasa PAS Pusat berkaitan tumpuan dan gerak kerja menghadapi pilihan raya umum akan datang.

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan