Pengimbas Dipasang di Laluan Kargo CIQ Bantu Banteras Aktiviti Penyeludupan

Diterbitkan: Sabtu, 17 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

 Empat alat pengimbas bernilai RM49.2 juta dipasang di laluan lori di Kompleks Kastam dan Imgiresen (CIQ) baig membanteras aktiviti penyeludupan di sempadan. - Foto THE STAR
Empat alat pengimbas bernilai RM49.2 juta dipasang di laluan lori di Kompleks Kastam dan Imgiresen (CIQ) baig membanteras aktiviti penyeludupan di sempadan. - Foto THE STAR

JOHOR BARU: Empat alat pengimbas kargo bernilai RM49.2 juta telah dipasang dilaluan cargo di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di sini bagi membanteras aktiviti penyeludupan di sempadan.

Ketua Pengarah Jabatan Kastam, Datuk Khazali Ahmad berkata pengimbas tersebut telah dipasang sejak 1 November lalu namun ia akan hanya mula beroperasi pada Sabtu.

"Pada asasnya alat pengimbas ini akan bertindak seperti mesin x-ray dan mempunyai keupayaan untuk mengimbas logam setebal 30 sentimeter," katanya pada sidang media selepas merasmikan alat pengimbas tersebut di bangunan CIQ pada Sabtu.

Khazali berkata pengimbas tersebut akan membantu mengurangkan masa yang digunakan untuk memeriksa muatan yang dibawa oleh lori dan kenderaan berat lain di pusat operasi.

"Alat pengimbas ini boleh mengimbas hingga 180 kenderaan dalam tempoh satu jam dan ini secara tidak langsung dapat mengurangkan kesesakan trafik dengan langkah penguatkuasan yang ketat di tempat operasi," katanya.

Beliau menambah pada kebiasaannya pegawai bertugas memerlukan sekurang-kurangnya dua minit untuk memeriksa kenderaan berat dan adalah mustahil bagi mereka untu menyemak setiap kenderaan secara menyeluruh.

"Secara purata sebanyak 2,000 lori melalui tempat operasi ini dalam sehari dan alat pengimbas ini akan membantu kami memantau mereka dengan lebih baik," katanya.

Menurutnya, dua alat pengimbas dipasang di setiap pintu masuk tempat operasi sementara dua lagi dipasang di pintu keluar.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan