Pengecualian Tertentu Untuk Wakil PAS Tanding Dua Kerusi - Mustafa Ali

Diterbitkan: Sabtu, 17 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Pengecualian tertentu akan diberikan oleh PAS Pusat untuk membenarkan pemimpin PAS bertanding dua kerusi pada pilihan raya umum ini, kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.

Beliau berkata pada dasarnya pucuk pimpinan bersetuju hanya memperuntukkan satu kerusi kepada setiap calon untuk bertanding tetapi pemberian dua kerusi boleh diberikan atas sebab-sebab tertentu.

"Terpulang kepada PAS Pusat yang akan turun ke bawah bagi mendengar cadangan berkenaan. Seboleh-bolehnya kita berikan satu kerusi tetapi pengecualian tertentu boleh diberikan dua kerusi untuk ditandingi," katanya pada sidang akhbar sempena Muktamar Tahunan Pas Kali-58 di Pusat Tarbiah Islamiah di sini, Sabtu.

Turut hadir pada sidang akhbar itu ialah Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan timbalannya Mohamad Sabu.

Mustafa berkata kini pembahagian kerusi bagi calon PAS sudah 90 peratus selesai terutama di Sabah dan Sarawak. "Ada sikit lagi terutama di Sabah dan Sarawak. Kita tak boleh umum lagi pada waktu ini," katanya.

Mengulas permintaan Dewan Himpunan Penyokong PAS agar sayap itu juga diperuntukkan kerusi, beliau berkata anggota Dewan itu juga akan diberikan kerusi.

"Jumlah bukan Islam yang bertanding mewakili PAS akan ada tetapi jumlahnya sedikit," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan