Kekejaman Israel Terhadap Palestin Haruskan Insafkan Umat Islam Malaysia - Jamil Khir

Diterbitkan: Sabtu, 17 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

YAN: Penindasan dan kekejaman zionis Israel terhadap bangsa Palestin yang berterusan seharusnya menginsafkan umat Islam di Malaysia untuk bersatu padu dan tidak bertelagah sesama sendiri, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Pada masa yang sama, beliau berharap kesengsaraan yang ditanggung umat Islam Palestin tidak menimpa umat Islam di Malaysia.

Katanya umat Islam di Malaysia wajar mengambil iktibar dari keadaan itu dan tidak menjadikan perkara 'cabang atau ranting' sebagai penyebab kepada perpecahan sesama sendiri, sedangkan perkara pokok ialah umat Islam Palestin ditindas dan dizalimi.

"Sejarah panjang Gaza berkesinambungan tidak pernah putus. Lihatlah pembunuhan berlaku dan bagaimana kemanusiaan mudah diragut di saat umat Islam menyambut peristiwa Tahun Baru Hijrah.

"Kekejaman terhadap penduduk Palestin mengingatkan kita kepada peristiwa Nabi Muhammad S.A.W dihalau keluar dari bumi Mekah dan diancam dibunuh oleh puak kafir," katanya semasa diminta mengulas mengenai serangan terbaharu Israel di Gaza sehingga mengorbankan penduduknya. Beliau merasmikan program Khatan Perdana yang disertai 110 kanak-kanak di Hosptail Yan.

Ia dianjurkan Pergerakan Pemuda Umno Jerai dengan kerjasama Hospital Yan dan Penyelaras Parlimen Jerai, Datuk Shuhaimi Abdullah.

Jamil Khir berkata kekejaman terbaharu terhadap penduduk Islam Palestin adalah ulangan serangan besar-besaran empat tahun lepas yang walaupun dikutuk oleh umat Islam seluruh dunia namun zionis Israel tidak menghiraukannya.

"Manusia tanpa mengira pegangan agama hendaklah bersatu mengecam kekejaman Israel atas dasar sejagat, tidak boleh menerima perlakuan kejam dibiarkan berterusan," tambahnya.

Beliau meminta diadakan solat hajat memohon keselamatan rakyat Palestin.

Katanya kerajaan sudah menghantar surat bantahan mengecam kekejaman Yahudi terhadap Palestin kepada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dengan meminta badan dunia itu mengambil tindakan tegas terhadap Israel. Menjawab soalan sama ada produk atau apa saja yang ada kaitan dengan Israel dipulaukan, beliau berkata ia harus digunakan supaya memberi tekanan berterusan kepada Israel agar tidak lagi menyerang Palestin.

Mengenai isu berhubung dakwaan kehilangan anak yang sedang dikandung di Pokok Sena, Jamil Khir menasihati anggota masyarakat agar tidak terpengaruh dengan pandangan fantasi atau khayalan. -BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan