Gerakan Kenal Pasti Calon PRU13 Sejak Tiga Tahun Lepas - Tsu Koon

Diterbitkan: Sabtu, 17 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Gerakan sudah mengenal pasti calonnya bagi Pilihan Raya Umum Ke-13 sejak tiga tahun yang lalu, kata Presiden parti itu, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

"Kami mengenal pasti calon-calon tiga tahun lepas, dan sejak dari itu mereka telah diberi penilaian untuk memastikan mereka layak untuk menjalankan tugas," katanya.

Bercakap di satu sidang akhbar selepas mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat di ibu pejabat parti itu di Cheras dekat sini Sabtu, Koh berkata calon-calon tersebut kini diberi penilaian mutakhir sebelum parti mengemukakan nama mereka untuk PRU. Ditanya mengenai perisytiharan harta oleh pihak pembangkang, beliau berkata pada dasarnya, beliau bersetuju dengan amalan itu tetapi ia mesti dibuat oleh semua orang dan dilakukan dengan adil.

"Kita mesti berlaku adil kepada semua orang dan menimbangkan setiap aspek. Sebagai contoh, sesetengah ahli politik datang dari keluarga perniagaan yang berjaya dan faktor tersebut mestilah juga diambil kira.

"Harta daripada pendapatan sedemikian tidak perlu dijadikan satu isu," katanya.

Dalam perkara lain, Koh mengesahkan pelantikan Pengerusi Barisan Nasional bagi Taiping dan Beruas di Perak.

Katanya, Datuk Tan Lian Hoe adalah pengerusi BN di Taiping manakala Datuk Chang Ko Youn, yang juga timbalan Presiden parti, menjadi pengerusi BN Beruas.

Koh berkata kedua-dua pelantikan itu telah diputuskan bulan lepas. -BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan