DAP Gesa Wisma Putra Sampaikan Bantahan Diplomatik Serangan Israel di Palestin - Berita Semasa | mStar

DAP Gesa Wisma Putra Sampaikan Bantahan Diplomatik Serangan Israel di Palestin

Diterbitkan: Sabtu, 17 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: DAP pada Sabtu meminta kerajaan Malaysia mengemukakan bantahan diplomatik bagi membendung segera keganasan tentera rejim Israel terhadap penduduk awam Palestin di Semenanjung Gaza.

Setiausaha Agungnya Lim Guan Eng berkata Wisma Putra perlu menyampaikan pesanan tegas kepada Amerika Syarikat dan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) supaya menghentikan keganasan Isreal-Palestin yang sedang berlaku ini.

"DAP mengecam penggunaan taktik keganasan Israel yang mempunyai kelebihan ketenteraan yang jauh lebih hebat. Sebarang tindakan keganasan oleh Israel secara lazimmnya akan mengakibatkan kematian dan kerosakan berlebihan dan mengundang serangan balas daripada pejuang Palestin," katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Sekurang-kurangnya 30 rakyat Palestin terkorban termasuk wanita dan kanak-kanak sejak Israel memulakan serangan terhadap Palestin di Gaza, Rabu lalu. -BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan