PAS Tolak Umum Calon Awal - Hadi

Diterbitkan: Jumaat, 16 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: PAS tidak akan mengikut jejak Barisan Nasional (BN) untuk mengumumkan nama calon Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) lebih awal berbanding pilihan raya sebelum ini.

Sambil menyifatkan langkah berkenaan sebagai tidak munasabah, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagaimanapun berkata ia terpulang kepada Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat.

"Itu (umum calon awal) tidak munasabah, tarikh pilihan raya pun tak tahu lagi. Tapi terserahlah kepada Jabatan Pilihan Raya untuk tentukan," katanya pada sidang media selepas merasmikan Muktamar Tahunan PAS Ke-58 di sini, Jumaat.

Selain itu Abdul Hadi berkata PAS selesa dengan tradisi mereka untuk mengumumkan nama calon selepas tarikh pilihan raya ditetapkan.

"Kebiasaannya kita akan umum bila tahu (tarikh) pilihan raya...sehari sebelum, dua hari sebelum pilihan raya pun tak tahu (tarikh), jadi nak umum macam mana?" katanya.

Sebelum ini Setiausaha Agun BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dilaporkan berkata parti itu akan menamakan calon PRU-13 lebih awal berbanding pilihan raya sebelum ini bagi mengelak perbuatan sabotaj termasuk mereka yang tidak dipilih mewujudkan 'pasukan' bagi menjatuhkan calon terpilih.

Sementara itu Abdul Hadi mengakui bahawa PAS masih menghadapi beberapa kelemahan menjelang PRU-13 terutamanya dari aspek penerangan dan penyampaian maklumat.

"PAS masih ada kekurangan daripada aspek untuk sampaikan maklumat kepada rakyat kerana kita tidak dapat liputan secara demokratik. "Media kita terhad, Harakah, Harakahdaily sangat terhad," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan