"Minta Maaf! DAP Tak Pernah Beri Kata Setuju Hudud" - Karpal

Diterbitkan: Jumaat, 16 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: DAP pada Jumaat menegaskan ia tidak pernah bersetuju dengan pelaksanaan hukum hudud di negara ini.

Pengerusinya, Karpal Singh berkata, kedudukan parti itu mengenai isu hudud tidak boleh dikaitkan dengan sebarang kompromi dan ia adalah dasar kepada kewujudan parti itu.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib semalam bahawa pakatan pembangkang secara umumnya bersetuju dengan pelaksanaan hudud sekiranya mereka dapat membentuk kerajaan selepas pilihan raya umum ke-13 nanti.

"Kenyataan Harun adalah nakal dan jauh menyimpang dari kebenaran," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau turut membidas Harun yang berkata PAS telah menjelaskan pandangannya dengan DAP beberapa kali apabila kedua-dua parti duduk bertukar pendapat.

"Sudah tentu saya sentiasa tidak bersetuju dan telah memberi sebab secara terbuka dengan berkata demikian berdasarkan peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan dan interpretasi peruntukan-peruntukan tersebut oleh mahkamah tertinggi di negara ini," katanya dalam kenyataan itu lagi.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan