Forum Bincang Situasi Sebenar Peristiwa 9/11 Isnin Depan

Diterbitkan: Jumaat, 16 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Yayasan Keamanan Sedunia Perdana (PGPF) akan menganjurkan forum antarabangsa '911 Revisited - Seeing the Truth' pada Isnin ini bagi membincangkan situasi sebenar peristiwa 9/11 yang berlaku di Amerika Syarikat, 11 tahun lalu.

Pengerusinya, Tan Sri Norian Mai berkata, forum itu dijadual akan dirasmikan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Dewan Tun Dr Ismail, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Selain memberi pengetahuan kepada umum mengenai peristiwa 9/11 itu, forum berkenaan juga akan mendedahkan tentang serangan yang memusnahkan bangunan World Trade Centre (WTC) itu di New York, katanya pada sidang media di sini.

Turut hadir pemegang amanah yayasan itu, Tan Sri Dr Samsudin Hitam dan Pengarah Eksekutif Suruhanjaya Jenayah Perang Kuala Lumpur (KLWCC) Dr Zulaiha Ismail.

Norian berkata, forum itu akan menampilkan beberapa pakar antarabangsa dan tempatan yang membuat kajian mengenai tragedi tersebut.

Seramai 500 peserta dijangka menghadiri forum sehari bermula dari 9 pagi hingga 6 petang itu, katanya.

Sementara itu, Dr Zulaiha berkata pihaknya turut bekerjasama dengan PGPF mengadakan sesi 'Commission Hearing On Palestine' pada 20 dan 21 Nov ini, bagi mendedahkan keganasan yang berlaku di Gaza.

"Kami akan membawa 10 rakyat Palestin yang bermastautin di Gaza untuk berkongsi pengalaman tentang keganasan tentera Israel ... ini akan memberikan gambaran lebih jelas mengenai kekejaman mereka terhadap pelarian Palestin," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Kolumnis

iklan

Iklan