BN Belum Setuju Benarkan Hee Bertanding di Jelapang – MCA

Diterbitkan: Jumaat, 16 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: MCA menafikan dakwaan Barisan Nasional (BN) telah bersetuju untuk membenarkan calon Bebas Hee Yit Fong akan bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri Jelapang mewakili parti itu pada pilihan raya umum akan datang.

Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata parti itu tidak pernah membuat sebarang perbincangan bersama Perdana Menteri mengenai pembahagian kerusi di Perak.

"MCA bahagian Jelapang dan saya belum mempertimbangkan cadangan untuk membenarkan orang luar bertanding atas tiket MCA," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Pada Rabu, Hee berkata beliau akan mempertahankan kerusinya serta mendakwa Presiden BN, Datuk Seri Mohd Najib akan mengumumkan maklumat lanjut mengenainya tidak lama lagi.

Dr Chua berkata bagi memastikan kemenangan dalam pilihan raya memerlukan sokongan daripada semua parti komponen BN dan apa yang lebih penting adalah calon yang bertanding bukan hanya menerima sokongan daripada pengundi, malah parti komponen.

Beliau menegaskan BN merupakan sebuah parti komponen yang mengamalkan perbincangan serta membuat keputusan secara kolektif dan bukan menjadi norma mereka untuk membincangkan mengenai pembahagian kerusi dan calon yang bertanding secara terbuka.

"Hee membuat pengumuman beliau adalah calon bagi Jelapang pada pilihan raya umum akan datang, tanpa mendapat sokongan daripada MCA bahagian terutamanya ahli diperingkat akar umbi, adakah kemungkinan dia tidak menang," katanya.

Hee memenangi kerusi Jelapang atas tiket DAP pada 2008 namun beliau meninggalkan parti itu dan menjadi wakil Bebas yang menyokong BN.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan